Wednesday, September 29, 2010

Suratan atau Kebetulan - Kenny, Remy & Martin

D'Masiv - Diantara Kalian (Lyrics)

Perasaan aku waktu ini.......=(

Perasaan aku waktu ini sangat2 merindui wawa dan nina.......sangat2.....=(

Ku serah segala ketentuan

Biarlah masa yang berbicara
Dipangku wajah yang layu
Dan aku telah jemu
Aku tidak mahu berpaling

Pada yang mengganggu dan menggugat
Sapanya meletihkan diri
Hadirnya mengundang penat


Akan ku serah cinta ini
Bukan lagi pada manusia
Kerana cinta martabat itu
Bersalut segunung kepalsuan
Dan kepuraan


Aku semakin tidak peduli
Apa yang mungkin akan terjadi
Kerana gerak dan tindakanku
Mahu bebas dari masalah
Ku serahkan cinta ini
Hanya padaMu,Tuhan..........

Aduss...nape la jiwang sgt nii...=)
jangan risau,aku dah semakin ok dah cume kdg2 ja bila perasaan tu mai,aku xdpt nak elak..biasa la kan bg seorang manusia yg normal utk merasa sedih dan kecewa cuma biarlah berpada2 sbb aku xmau jd manusia yg putus asa sbb Allah xsuka...tp ngan kwn2 aku ok n hapy sgt,kdg2 aku p lepak kedai yone yg baru bukak kat G-station gelugor...td pulak lepas abis keja,aku n kak azie(ofismate)p tgk wayang cita Magika,best gak agak lain dr yg laen bole la tenangkan fikiran...alhamdulilah aku dpt kwn2 yg sgt baik dan amat memahami aku yg kdg2 ni jiwa kacau...huhu..alamak jam dh kul3.00pg,sok aku kena bangun awai sbb ada jamuan raya kat ofis...adusss..mntak2 la aku bangun awai esok....ok,nanti ade masa aku akan tulis lg dlm blog ni k....tq n assalamualaikum...zzzzzzZZZZZ





~luv alwiz~

Saturday, August 14, 2010

Kisah terawih....

Salam Ramadhan buat semua yg di sayangi......=)
erm...saja ja nak luahkan perasaan aku malam ni kat blog syok sendiri ni....hehe...ok2 berbalik pada kisah terawih aku malam ni k..hari ni aku bawak mak aku p bukak posa kat luar ditemani oleh amira(anak angkat mak aku yang kematian mak die 2tahun yg lalu so bila posa aku mesti ajak die berbuka sama2)bole dikatakan macam kartun gak la kami bertiga berbuka posa sebab nak balik awai nak p terawih..(masing2 dah semangat nak p terawih tau..)alhamdulilah sempat gak kami sampai umah awai...tapi malam ni kawan mak aku m.cik kiah pun join skali p terawih laju jaa mak aku jalan kat depan ngan kawan dia tinggai aku ngan mira kat belakang..huhu(kalau tak mesti dia bising suh aku jalan pelan2 teman dia)m.cik kiah ni kira kawan mak aku yg paling ngam la ngan dia suka n duka di kongsi bersama..tq to m.cik kiah atas kesudian dia bersaudara dgn kami sekeluarga...=)ok2...seperti biasa pas cuci kaki aku pn masuk la dlm masjid ready2 nak solat isya n terawih...tetiba ada pengumuman dari imam yg bertugas yg malam ni kita akan buat 8rakaat ja solat terawih lepas tu akan ada tazkirah....selalunya aku tak tunggu sampai 23rakaat,lepas 8rakaat aku akn balik n wat solat witir kat umah tp mlm ni aku wat kputusan nak dgr tazkirah sbb aku xslalu berkesempatan dgr tazkirah dan seingat aku kali terakir aku dgr pun bulan posa tahun lepas waktu ofis aku wat program sumbangan hari raya utk ibu tunggal lepas tu aku sibuk ja ngan program yg dtg bertimpa2,dah nama pun keja kan..so lepas solat terawih 8rakaat bermulalah tazkirah dan sorang m.cik ni pun bukak la tirai so aku leh nampak la muka ustaz yg dalam lingkungan lewat 50-an kot..tazkirah tentang kebaikan memberi makan kepada org yg berbuka puasa..agak terpegun gak la aku dgr tazkirah ustaz ni sbb dia pandai susun ayat sesekali dia ader selit lawak dlm tazkirah dia...ini antara yg aku ingat"sahabat Rasulullah pernah beritahu pada Rasulullah bagaimana mereka nak memberi makan pada org berbuka padahal mereka pun tiada makanan...Rasulullah menjawab,berilah walau segelas air..." banyak pahalanya bagi org yg memberi makan utk org yg berpuasa..waktu tu aku teringat dan hargai sgt selama ni mak aku duk masak utk kami sekeluarga untuk berbuka..tq to Maznah Binti Hassan (mak aku)semoga Allah memberkatimu....aminnn...Alhamdulilah malam ni hati aku menjadi semakin tenang,setenang lautan biru....Ya Allah indahnya kurniaanMU....
~luv alwiz~

Thursday, August 12, 2010

Terawih....

Salam Ramadhan....erm..agak lame gak la aku tak tulis dlm blog ni kan...ok2...walaupun dah 2hari kite berpuasa tapi mlm ni mlm pertama aku p terawih,ntah nape hati aku nak sgt2 p mlm ni dan insyallah mlm2 seterusnya jika di izinkan Allah hingga akhir Ramadhan....aku p ngan mak aku,jalan la dua beranak menuju ke masjid yg betul2 terletak depan umah aku(xpayah lintas jln pun)...melangkah ja dlm masjid hati aku terasa sayu..erm,agak lama gak la aku xmasuk dlm masjid ni dan suasana masih tak berubah cuma ada sikit2 ja perubahan......Ya Allah rindunya aku zaman kecik2 dulu...nak dijadikan cerita bila mai ja bulan puasa spupu dan kakak2 aku mesti akan berkumpul nak p semayang terawih...aku pun sibuk skali nak ikut tp dgn syarat jgn buat kacau....(mentang2 la aku yg kecik)aku pun bwk la beg yg berisi telekung terhegeh2 ikut di belakang kakak dan spupu aku...masuk ja dlm masjid aku nampak ramai mak cik2 dlm masjid duk tengah tunggu nak semayang terawih la tuuu...aku pn duduk sebaris ngan kakak n spupu aku...bila depa dgr suara imam depa pn trus bangun standby nak semayang..nak dijadikan cerita bila dh berdiri rapat2 so ada la ruang kosong so aku ni tanpa segan silu p la mengisi kekosongan e2..(depan skali pulak tu,mungkin bakat keberanian aku ni dari kecik kot)pastu tiba2 sorang m.cik ni teguq aku suruh aku p duk blakang skali sbb aku budak2.....aku dgn muka sedih p la duk ngan budak2 yg sealiran dgn aku...huhu..(sedih oooo)aku pun teruskan gak la perjuangan aku nak abiskan terawih pertama aku malam tuu dgn perasaan sedih sbb kena duk belakanggg...:( bila abis ja terawih aku pun lipat la telekung cepat2 sambil mata duk tgk kelibat kakak2 dan sepupu aku sbb depa ni bukan buleh nanti tinggai aku sorang2 dah la kat tepi tu ada kubur....(seram aku)tiba2 mai sorang makcik kat depan aku,makcik yg marah aku suh duk belakang tu arrr...(ish,nak apa pulak org tua ni,xkan xpuas hati lg kot)tiba2 dia hulur tgn dia minta maaf kat aku sbb buat mcm tu tadi dan dia terangkan pasaipa budak2 kena duk belakang,dia suka sbenarnya dgn semangat aku nak duk dpn tadi cuma dia kata nanti bila aku dh besaq baru aku faham apa yg dia cakapkan ni......pastu aku pun senyum ja..(senyum kambing kot)then dia bagi kat aku nasi bungkus dia yg mmg masjid akan bg setiap kali abis terawih so aku dapat 2bungkus nasi malam tuuu....=)tapi tetiba aku tersedar yg kakak2 dan sepupu aku dah balik tinggai akuu...cessss....so malam tu aku gagahkan semangat lalu depan kuburr yg seram tu balik ke umah sambil dlm hati duk pulun marah mak cik tu sbb dia la aku kena tinggai.......huhu
Tapi malam tu aku asyik terbayang muka mak cik tu dan sbenarnya aku dah maafkan dia pun sbb sekarang aku dah faham kenapa die wat mcm tu....=)tq makcik...

~luv alwiz~

Friday, July 23, 2010

Berkorban itu indah....

Berkorban itu indah....





Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.


"Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."


"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.


Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama?


Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.


Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.


Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.


Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan - perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.


Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.


Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi..

~luv alwiz~