Thursday, March 4, 2010

Salam kasih di angin lalu......

Salam kasih di angin lalu.....


Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.




Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.



Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.



Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.



Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.



Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.



Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.



Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.



Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.



Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.



Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.



Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.



Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.



Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.



Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.



Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.



Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.



Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.



Masa yang kita gunakan untuk mencari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.



Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.



Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.



Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.



Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.



Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.



Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.



Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.



Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.



Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.



Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.



Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.



Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.



Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.



Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.



Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.



Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.



Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.



Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.



Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.



Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.



Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.



Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.



Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.



Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.



Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.



Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.



Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.



Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.



Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.



Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.



Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.



Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.



Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.



Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.



Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.



Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.



Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.



Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.



Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.



Imaginasi menguasai dunia.



Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.



Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.



Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.



Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.



Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.



Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.



Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.



Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.



Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.



Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam



Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar



Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.



Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.



Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.



Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.



Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.



Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki



Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.



Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan



Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.



Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.



Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.



Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.



Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.



Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.



Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.



Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.



Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.



Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.



Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.



Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda



Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.



Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.



Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.



Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.



Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.



Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang.



Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca



Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.



Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia.



Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.



Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.



Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.



Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia.



Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.



Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan.



Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi.



Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.



Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.



Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau.



Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.



Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.



Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.



Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.



Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.



Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan.



Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat.



Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.



Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.



Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar



Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.



Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia.



Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya.



Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.



Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.



Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.



Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.



Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.



Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.



Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.



Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.



Ikut Rasmi Padi, Semakin Menunduk Semakin Berisi.



Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.



Ya Rahman, berkati Isnin kami, bersama saudara2 kami, agar tak putus2 berprestasi, hingga ke akhir Jumaat, yang penghujungnya Akhirat. Amin.



"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci,

Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



Di Akhir Zaman Ini Memegang Islam Ibarat Memegang Bara Api, Dipegang Kita Sakit, Dilepaskan Dia Padam.



Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.



"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)



Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya: "berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk)."



"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."



Apa diharap padi seberang, Entahkan berisi entahkan tidak, Apa diharap kasihnya orang, Entahkan sudi entahkan tidak.

Terima Kasih Kerana Sudi Bersahabat

~peace~

Takutlah Ghibah(mengumpat)

                 
                  

Renungan...
Diriwayatkan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada Rasullullah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.a berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera Rasullullah S.A.W berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!” Telah bersabda Rasullullah S.A.W. " Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan, Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat."




Rasulullah SAW bersabda "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"... Nauzubillah.