Friday, February 25, 2011

Kenang Daku Dalam Doamu....

Salam kasih diangin lalu dan salam jumaat.....minggu ni berlalu agak mencemaskan...sparco masuk bengkel tapi dah ok cuma tukaq drafsharp ja so skarang dah xdak bunyi dah sedap ja bawak sparco...=)ntah la awat la aku ni degil sangat xmau ikut cakap kakak n mak aku suruh tukaq keta..huhu bukannya apa aku sgt2 sayang kat sparco tu kadang2 lebih dari diri aku tau sebab sparco satu2nya pemberian arwah bapak aku so aku memang bila tengok sparco sejuk hati aku....=)tapi kesan dia aku kena la tanggung kos baikpulih kesihatan sparco yang berusia hampir 11tahun....tak pa aku rela demi sayang aku pada sparco...aku yakin sapa pun tak kan paham perasaan aku sebab kadang2 aku sendiri pun tak paham....=( minggu ni jugak mak aku Maznah Hassan pun tak sihat darah dia naik bacaan bawah 102...agak merisaukan tapi alhamdulilah dah turun dah..cuma kena follow-up kat hospital..insyallah selagi termampu aku akan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak....aku tak putus2 berdoa pada Allah agar semuanya dilindungi dan baik-baik saja....start hari ni,esok dan lusa jabatan aku ada program di USM Penang...aku kena jaga Booth...hari ni kak azie(ofismate aku) p jaga so aku sorang2 duk ofis..esok ngan lusa turn aku pulak...best jugak dapat jumpa ngan orang...=)sebenarnya hobi aku tengok orang,bagi aku ia satu terapi yang menyenangkan jiwa aku....pelik tapi benar,aku suka tengok gelagat manusia...lagi satu aku suka perkara2 yang berkaitan dengan sejarah sebab dengan kenal sejarah aku akan semakin sedar diri dan belajar bersyukur diatas nikmat yang diberikan oleh Allah..."Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia dari tanah kering dan tanah hitam yang busuk baunya."(Al-Hijir:26)
~luv alwiz~

Thursday, February 17, 2011

Mencari ketenangan agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi......


Salam Jumaat......sedar tak sedar dah masuk hari jumaat..cepat kan masa berlalu...syukur alhamdulilah aku masih dikurniakan kesihatan yg sihat oleh Allah...masih lagi mampu untuk menjadi seorang hambaNYA,seorang anak,seorang adik,seorang kakak,seorang kawan,seorang pekerja.....terima kasih Allah diatas segala kurniaanMU buat hamba yang serba kekurangan ni..masih jauh perjalanan ini untuk terus mendekatiMU...sempena hari lahir angah 16hb Feb2011, aku dah pun hadiakan angah sehelai tudung yang aku rasakan agak cantik pada pandangan mata aku,walaupun harganya tak seberapa tapi iklas dari hati aku..alhamdulilah angah suka...=)tetiba baru aku sedar yang agak ramai jugak insan-insan yang dekat dihati aku menyambut hari lahir depa pada bulan Februari...20hb ni mak angkat aku yang berada di kedah akan sambut hari lahir dia..aku dah beli dah hadiah,harap2 dia suka....(~_~)minggu ni tak da program so aku nak p cari ketenangan diri agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi...cewahhh,berpuisi la pulak...huhu ok,doakanlah agar aku selamat pergi dan balik k....ada masa lagi aku tulis dalam blog ni...cuma kadang2 bila jiwa kacau ilham terlebih pulak bila jiwa tenang ilham xmau mai pulak...huhu...macam2 kan aku ni,pelik pun ada gak aku ni....apa2 pun kepada orang2 disekeliling aku harap bersabar bila berdepan dengan aku...dan kesabaran anda amat2 dihargaiii...hehehe

~luv alwiz~

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul......





Salam Maulidur Rasul.....alhamdulilah aku masih berpeluang menghirup udara dari Allah....=)mak dan angah ada di kl p melawat adik aku Azlee Ahmed,malam ni depa balik penang kul10 aku p amik depa kat airport...tak banyak sebenarnya yang aku nak cerita cuma ada sesuatu pengalaman baru yang aku dapat minggu lepas yg mana melalui jabatan aku,aku berpeluang mengikuti kursus pembuatan seramik tanah liat di usm transkrian..sangat2 hapy selama bengkel berjalan macam2 teknik yg aku belajar selama 2hari (jumaat&sabtu)dan aku berjaya menghasilkan kerjatangan aku sendiri tau...nanti aku letak gambar k...=)tq kepada jabatan pembangunan wanita p.p...hari ahad lepas 13feb2011 adalah bufday kakak aku yg sulung Mushita Ahmed..aku bermalam kat umah dia sabtu lepas program tu so ahad tu terus sambut bufday dia...nak tau x apa aku bagi kat kakak aku???jeng jeng jengg....kerongsang je aku beli kat avon warna purple...simple je tp penuh makna dan aku agak terharu sebab terus dia pakai kerongsang tu,kira dia berkenan la tu....(~_~)untuk pengetahuan semua,bufday kakak kedua aku angah 16feb2011 ni...nak beli ape pulak ekk??huhu....jap idea xsampai lagi.....ok2,insyallah ada kesempatan aku tulis lagi k...salam kasih diangin lalu...
Bersempena Maulidur Rasul aku nak berkongsi cerita yang aku baca dan harap dapat menjadi iktibar untuk kita semua..apa yang penting kita jangan lupa sejarah dan asal usul kita,insyallah Allah sentiasa memberkati kita....selamat membaca....=)

Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

KISAH PENYUSUAN

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas.

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi...

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah.

NABI YATIM PIATU

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri."

PENGAJARAN/IKTIBAR

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.



~luv alwiz~

Wednesday, February 2, 2011

Cuti......=)

Salam kasih di angin lalu.....cuti 4hari..yesss...dah dua minggu aku keja 7hari seminggu...=)cuti ni aku nak p umah kakak sulung aku Mushita Ahmed kat butterworth mesti la bawak mak aku sekali nanti kalau tinggai dia kat umah mesti 7hari 7malam dia duk bising kat aku..hehe......aku sekarang dah semakin tenang dan cool..Ya Allah aku tak pernah lelah mengikuti liku jalanMU Ya Allah dan hanya satu yang harus kupertahankan dalam diriku dan hidupku iaitu SABAR...jika kita baca dan renung balik ujian2 serta dugaan2 yang ditempuh oleh para nabi2 kita dulu,apa sangat lah ujian dan dugaan yang telah diberikan kepada kita...yang penting kita harus bersyukur..jangan lupa sujud dan meminta pada Allah yang satu....so kalau ada masa lagi aku tulis lagi k...selamat bercuti dan berhati2 di jalan raya....=)
~luv alwiz~