Saturday, November 5, 2011

wings - bernafas dalam lumpur HQ

Monday, September 12, 2011

Salam Lebaran...

Assalamualaikum....rasanya masih tak terlambat untuk aku ucapkan Salam Lebaran..mimpi apa ek tulis dalam blok hari ni..lama aku tak update tulisan dalam blog Hanya Aku Sorang Yg Tahu ni kan..=)tp kdg2 ade gak aku post lagu dlm blog ni,sebenarnya lagu2 dlm blog ni ada la kena mengena dgn perasaan aku serta diri aku sbb tu aku layan jaaa....mesti tertanya2 awat xtidoq lagi kann??aku p amik mak aku n kakak aku kt airport tadi,depa p antar adik aku sambung belajar di UITM puncak alam,jauh jugak katanya...tp alhamdulilah agak dekat dgn umah mak cik aku di sana cuma 17km....Aku xsihat sebenarnya dalam 3hari ketiadaan mereka,demam terkejut kot..untuk pengetahuan semua aku manusia yg susah dapat penyakit (terima kasih Allah)boleh dikatakan setahun sekali aku demam tapi sekali aku sakit memang agak teruk jadinya(hanya orang yang kenal aku ja yang tau betapa teruknya bila aku sakit) kebetulan aku sangat phobia dgn ubat,ntah la memang xsedap la ubat tu...aku lebih rela tahan sakit dari makan ubat,kira buat2 gagah berani la tapi tanggung la sendiri...(padan muka aku)hari ni alhamdulilah aku sihat sikit,bole la aku p amik mak n kakak aku then lepas tu depa kata lapaq nak singgah makan so aku singgah la kat restoran Kapitan bawak depa makan roti nan cheese kegemaran mak aku..(walaupun aku agak keletihan sebab 3hari tak lalu makan)dekat pukul12mlm lebih baru sampai umah....agak risau gak dalam hati takut mak aku komplen umah semak..mak aku bukan boleh tengok rumah semak,mau dia bagi selagu dua kat aku silap2 satu rumah nanti kena..(dah biasa dah sebab tu aku stanby awai2 kemas apa yg patut..=)..)ermm...nak tau tak mak aku langsung xkomplen pasal rumah,dia siap terus p dekat laptop nak online katanya nak bagitau yg dia dah balik penang kat kwn2 chat dia..jgn terkejut mak aku sekarang dah pandai berfacebook,sekali ajaq lagi terror dri akuu..huhu(biaq p la asalkan mak aku gembira)sejak berfacebook ni,mak aku dah jarang berleter...=)e2 yang paling aku suka tuuu..haha..ok2 nak dijadikan cerita kenapa aku xtidoq2 sebab kakak aku la duk ajaq bersembang lewat pagi,dia dah p masuk tidoq last2 tinggal aku yg xbole tidoq...=( tp bila memikirkan dah lewat aku rasa mcm nak tunggu solat subuh terus la...lagipun dah kul5pg....kepala masih berat tapi ok la dari sebelum2 ni sampai kena letak kain atas dahi..huhu ok,kalau umur masih panjang dan diizinkan Allah akan aku tulis lagi di blog ni k..Di kesempatan ni jugak aku ingin memohon maaf sekiranya aku ada menyakiti hati serta melakukan kesilapan samada sengaja ataupun tidak sesungguhnya aku bukan siapa-siapa,aku hanya manusia biasa yang xsunyi dari melakukan kesalahan...salam
-sayang selalu-
~luv alwiz~

Azhan Atan - Ku Milik Mu (HQ Audio With Lyric)

Monday, July 25, 2011

Kata-Kata Motivasi Untuk Semangat Yang Hilang.....

Salam kasih diangin lalu...dah dekat bulan Ramadhan kan,sungguh aku amat rindu akan kehadirannya..aku tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni aku jadi xhapy..aku mencari2 kemana perginya semangat aku yang semakin hilang... =( Ya Allah hanya padaMU aku bersujud memohon petunjuk serta perlindungan..semoga bertemu kedamaian...tak banyak yang aku nak ceritakan mungkin hati tak terasa untuk meluahkan kata..kadang2 silence is better... (: untuk tidak terlalu memikirkan rasa yang xhapy ni aku cuba penuhkan kata-kata motivasi dalam diri,sekurangnya dapat redakan hati aku...... 




Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.


Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.


Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.


Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.


Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.


Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.


Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.


Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.


Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.


Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.


Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.


Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.


Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.


Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.


Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.


"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.


Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!


Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!


Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.


Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.


Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.


Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.


Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.


Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.


Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.


Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.


Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.


Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.


Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.


Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.


Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.


Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.


Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.


Terseradung bukannya terjatuh.


Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.


Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.


Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.


Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.


Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.


Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.


Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.


Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.


Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.


Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.


Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.


Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.


Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.


Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.


Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.


Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.


Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.


Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.


Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.


Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.


Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.


Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.


Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

~luv alwiz~

Friday, July 8, 2011

Melihat dunia yang semakin parah..

Ummah semakin hilang arah,
Syaitan ketawa berdekah,
Maksiat berleluasa.

Aku tidak lagi terhibur...
Tidak pula tersentak,
Terpana jauh sekali.

Kerana semua itu,
Sudah menjadi lali...
Tiada lagi istilah terkadang,
Melainkan selalu sahaja.


Hati manusia semakin hilang sensitiviti...
Perkara dosa dianggap biasa,
Perkara pahala dianggap bala...

~luv alwiz~

Saturday, July 2, 2011

Salam Syaaban....=)


~Ya Allah Ya Tuhanku,peliharalah aku sehingga aku kembali ke pangkuan-MU ~
Salam kasih diangin lalu.....
Assalamualaikum....lama kan aku xmenulis dalam blog ni...sejujurnya aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dapat menghirup udara dari Maha Esa...terima kasih Allah...aku masih dalam proses belajar,terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu dan aku juga punya banyak kelemahan diri,banyak yang aku lalui sejak akhir-akhir ini berjumpa dengan beberapa manusia yang baru dengan karektor yang berbeza-beza membuatkan aku makin menghargai hidup..kadang-kadang Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah agar kita lebih menghargai orang-orang berhati baik yang berada disekeliling kita sekaligus mempelajari bahawa dalam dunia ni bukan nya semua yang indah-indah saja tapi ada juga pahit yang terpaksa kita telan..tapi aku tetap masih ingat pesan arwah ayah aku "biar orang buat jahat pada kita tapi kita jangan buat jahat pada org"...insyallah,masih aku ingat pesanan itu...dan aku sentiasa berdoa agar aku dijauhkan dengan manusia yang berniat jahat dan sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang baik yang dapat membantu aku kearah kebaikan...sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan Syaaban...alhamdulilah umur masih panjang,masih berpeluang terus menagih cinta dari-NYA,perbetulkan kesalahan dan kelemahan diri untuk menjadi manusia yang tak lupa diri...disini aku kongsikan beberapa fadhilat bulan Syaaban yang aku baca...selamat membaca...=) 
Sabda Nabi s.a.w. :- ‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’ Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. Berkata Siti Aisyah r.a. :- ‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’ Sabda Nabi S.A.W :- ‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’ Sabda Nabi S.A.W :- ‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’ Bulan Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- ‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Sabdanya lagi :- ‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban. Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya :- ‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’ Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- ‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :- Orang yang kekal minum arak. Orang yang derhaka dua ibubapanya. Orang yang kekal dalam zina. Orang yang banyak berkelahi. Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.’

~luv alwiz~

Sunday, May 8, 2011

Salam kasih diangin lalu dan selamat hari ibu....

Salam kasih diangin lalu...serasa seperti sudah lama tidak menulis sesuatu didalam Blog yg mungkin hanya aku sorang je yang tahu kewujudannya....=)tapi dengan menulis disini dapat jugak la kiranya mengurangkan segala yang bermain difikiran ini dan bagi aku ianya satu terapi yang baik...perjalanan hidup aku tidak lah semenarik mana cuma aku masih akan terus berdiri walau beribu kali aku terjatuh sebab aku yakin Allah sentiasa disisi,bagaimana kita jatuh tidak penting tetapi bagaimana cara untuk kita bangun semula..."tanpa keberanian mimpi tak akan menjadi kenyataan",aku pasrah diatas segala yg tertakdir buat aku pasti ada rahmatnya..alhamdulilah family aku merestui setiap langkah aku walau aku tahu bukan mudah untuk mereka apalagi bagi diri aku tapi demi satu cita2 aku teruskan juga...sempena hari ibu tahun ni aku merasa satu kelainan sebab banyak benda yg berbeza..antaranya aku dah serahkan 100% hakmilik Sparco buat kakakku angah,aku harap dia syg sparco mcm yg aku sayang..aku dah pun bersama viva elite colour white,sebenarnya aku hadiahkan untuk mak aku sempena hari ibu dan dia tak tahu pun aku plan nak tukar keta tup2 ada depan umah ja pada malam 3hb mei 2011,nasib baik dia tak pengsan..huhu...aku sedar tak banyak yang boleh aku buat untuk banggakan mak aku tapi kalau untuk buat dia tersenyum.insyallah aku akan lakukan sedaya aku meskipun aku terpaksa korbankan apa yg aku sayang...aku tak risau,selagi aku dapat keredhaan mak aku,insyallah walau dimanapun aku Allah pasti meredhai aku.....setelah hampir 4tahun,aku jugak dah menyerahkan surat dan sekaligus meletakkan jawatan di jabatan pembangunan wanita pada 25hb mac 2011 lalu,pastinya aku merasa berat hati dan sedih untuk berbuat begitu tapi demi memikirkan masa depan aku harus memilih antara satu,pada waktu tu jugak aku telah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dari kawan2 aku,bukan aku menjauhkan diri tapi hanya untuk mencari ketenangan diri agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi...aku sangat2 terharu sebab kawan2 aku tak jemu2 mencari aku hari2 cal,sms dan sent msg dalam fb..waktu tu aku rasa bersalah gak sepikan diri tapi aku dah nekad berdiam diri sebab belum masanya lagi..sehinggakan ada yg sampai datang rumah tapi nasib baik aku dah pesan awal2 jgn bukak cerita tentang aku dah berenti keja dgn jabatan pembangunan wanita sebab aku takut penyakit darah tinggi mak aku datang balik,waktu tu mak aku tak tau lagi,aku hanya bagitau mak aku setelah hampir 4minggu aku keja ditempat baru..aku risau nak bgtau dia sebab dia sangat suka aku keja dengan jabatan pembangunan wanita...tapi alhamdulilah setelah aku puas berdoa mencari kekuatan akhirnya aku mampu gak berterus terang dgn mak aku dan syukur mak aku merestuinya...aku sedar aku bersalah terhadap kawan-kawan aku tapi kalian harus tahu yang bukan mudah untuk aku juga,doa aku sentiasa mengiringi kalian..apa pekerjaan aku sekarang ialah rahsia,nanti bila tiba masa dan ketikanya akan aku ceritakan k...untuk kawan2 yg sentiasa dekat dihati aku terimalah sebuah puisi ini....
                          Sahabat yang ku sayangi...
                          Adakala hidup ini tersusun dengan kekalutan
                          kadangkala pula terisi dengan kegusaran
                          yang menipiskan kesempatan untuk kita
                          saling terus mengenali,mengambil tahu,
                          mengambil berat,maafkanlah kekurangan itu
                          dan aku juga memaafkanmu kerana ku tahu
                          kamu juga melalui hari yg sebegitu....
                          Dan hari ini ...
                          Tuhan memberikan aku kesempatan lagi
                          mensyukuri akan kehadiranmu
                          menyampaikan padamu setiap baris doaku
                          untukmu...agar kamu tahu..selalu tahu
                          kamu itu sentiasa diingatanku
                          Wahai Yang Maha Pemberi Kurnia..
                          Kurniakanlah sebulat kesejahteraan
                          Kurniakanlah seluas kebahagiaan
                          Kuniakanlah sekuat perlindungan-MU untuknya,
                          Kasihilah dia selalu,
                          Wahai yang maha pengasih..
                          Amin..Ya Rabbal Alaminn....
                 
                          ~luv alwiz~
                         
                          

                         

Friday, March 18, 2011

Apabila aku mendakap cinta-MU....

Ya Allah........
Apabila aku mendakap cinta-Mu, kau uji aku dengan manusia disekelilingku, saat itu hati tergores, mujur sabarku menjadi sahabatku, aku pun diam malu pada-Mu...



~luv alwiz~

Friday, February 25, 2011

Kenang Daku Dalam Doamu....

Salam kasih diangin lalu dan salam jumaat.....minggu ni berlalu agak mencemaskan...sparco masuk bengkel tapi dah ok cuma tukaq drafsharp ja so skarang dah xdak bunyi dah sedap ja bawak sparco...=)ntah la awat la aku ni degil sangat xmau ikut cakap kakak n mak aku suruh tukaq keta..huhu bukannya apa aku sgt2 sayang kat sparco tu kadang2 lebih dari diri aku tau sebab sparco satu2nya pemberian arwah bapak aku so aku memang bila tengok sparco sejuk hati aku....=)tapi kesan dia aku kena la tanggung kos baikpulih kesihatan sparco yang berusia hampir 11tahun....tak pa aku rela demi sayang aku pada sparco...aku yakin sapa pun tak kan paham perasaan aku sebab kadang2 aku sendiri pun tak paham....=( minggu ni jugak mak aku Maznah Hassan pun tak sihat darah dia naik bacaan bawah 102...agak merisaukan tapi alhamdulilah dah turun dah..cuma kena follow-up kat hospital..insyallah selagi termampu aku akan tunaikan tanggungjawab sebagai seorang anak....aku tak putus2 berdoa pada Allah agar semuanya dilindungi dan baik-baik saja....start hari ni,esok dan lusa jabatan aku ada program di USM Penang...aku kena jaga Booth...hari ni kak azie(ofismate aku) p jaga so aku sorang2 duk ofis..esok ngan lusa turn aku pulak...best jugak dapat jumpa ngan orang...=)sebenarnya hobi aku tengok orang,bagi aku ia satu terapi yang menyenangkan jiwa aku....pelik tapi benar,aku suka tengok gelagat manusia...lagi satu aku suka perkara2 yang berkaitan dengan sejarah sebab dengan kenal sejarah aku akan semakin sedar diri dan belajar bersyukur diatas nikmat yang diberikan oleh Allah..."Dan sesungguhnya Kami jadikan manusia dari tanah kering dan tanah hitam yang busuk baunya."(Al-Hijir:26)
~luv alwiz~

Thursday, February 17, 2011

Mencari ketenangan agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi......


Salam Jumaat......sedar tak sedar dah masuk hari jumaat..cepat kan masa berlalu...syukur alhamdulilah aku masih dikurniakan kesihatan yg sihat oleh Allah...masih lagi mampu untuk menjadi seorang hambaNYA,seorang anak,seorang adik,seorang kakak,seorang kawan,seorang pekerja.....terima kasih Allah diatas segala kurniaanMU buat hamba yang serba kekurangan ni..masih jauh perjalanan ini untuk terus mendekatiMU...sempena hari lahir angah 16hb Feb2011, aku dah pun hadiakan angah sehelai tudung yang aku rasakan agak cantik pada pandangan mata aku,walaupun harganya tak seberapa tapi iklas dari hati aku..alhamdulilah angah suka...=)tetiba baru aku sedar yang agak ramai jugak insan-insan yang dekat dihati aku menyambut hari lahir depa pada bulan Februari...20hb ni mak angkat aku yang berada di kedah akan sambut hari lahir dia..aku dah beli dah hadiah,harap2 dia suka....(~_~)minggu ni tak da program so aku nak p cari ketenangan diri agar hidup ini bukanlah sekadar mimpi...cewahhh,berpuisi la pulak...huhu ok,doakanlah agar aku selamat pergi dan balik k....ada masa lagi aku tulis dalam blog ni...cuma kadang2 bila jiwa kacau ilham terlebih pulak bila jiwa tenang ilham xmau mai pulak...huhu...macam2 kan aku ni,pelik pun ada gak aku ni....apa2 pun kepada orang2 disekeliling aku harap bersabar bila berdepan dengan aku...dan kesabaran anda amat2 dihargaiii...hehehe

~luv alwiz~

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul......





Salam Maulidur Rasul.....alhamdulilah aku masih berpeluang menghirup udara dari Allah....=)mak dan angah ada di kl p melawat adik aku Azlee Ahmed,malam ni depa balik penang kul10 aku p amik depa kat airport...tak banyak sebenarnya yang aku nak cerita cuma ada sesuatu pengalaman baru yang aku dapat minggu lepas yg mana melalui jabatan aku,aku berpeluang mengikuti kursus pembuatan seramik tanah liat di usm transkrian..sangat2 hapy selama bengkel berjalan macam2 teknik yg aku belajar selama 2hari (jumaat&sabtu)dan aku berjaya menghasilkan kerjatangan aku sendiri tau...nanti aku letak gambar k...=)tq kepada jabatan pembangunan wanita p.p...hari ahad lepas 13feb2011 adalah bufday kakak aku yg sulung Mushita Ahmed..aku bermalam kat umah dia sabtu lepas program tu so ahad tu terus sambut bufday dia...nak tau x apa aku bagi kat kakak aku???jeng jeng jengg....kerongsang je aku beli kat avon warna purple...simple je tp penuh makna dan aku agak terharu sebab terus dia pakai kerongsang tu,kira dia berkenan la tu....(~_~)untuk pengetahuan semua,bufday kakak kedua aku angah 16feb2011 ni...nak beli ape pulak ekk??huhu....jap idea xsampai lagi.....ok2,insyallah ada kesempatan aku tulis lagi k...salam kasih diangin lalu...
Bersempena Maulidur Rasul aku nak berkongsi cerita yang aku baca dan harap dapat menjadi iktibar untuk kita semua..apa yang penting kita jangan lupa sejarah dan asal usul kita,insyallah Allah sentiasa memberkati kita....selamat membaca....=)

Alhamdulillah, tahun ini kita sempat lagi bertemu dengan 12 Rabiul awal, satu peristiwa besar dalam sejarah atau sirah nabi iaitu sempena Kelahiran Baginda sallallahu alaihi wasallam.

Umum masyarakat Islam tahu bahawa Junjungan Besar Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam telah diperanakkan pada hari Isnin 12 Rabiul Awal tahun Gajah bersamaan dengan 20 April 571 Masihi.

DUNIA SEBELUM KEDATANGAN ISLAM

Ahli sejarah dan para ulama' yang mengarang buku2 sirah nabi pasti memulakan kisah kelahiran nabi junjungan dengan menceritakan keadaan latar belakang sejarah dunia ketika itu.
Dunia ketika itu terbahagi kepada dua kuasa besar iaitu Rom dan Parsi. Rom mewakili dunia penganut agama Nasrani dan Parsi mewakili penganut Majusi()penyembah Api). Dalam buku Sejarah Islam hasil tulisan Professor Hamka, digambarkan bahawa masyarakat dunia ketika berada dalam kemusnahan akhlak yang dahsyat tak kira sama ada di Barat mahu pun Timur. Kaum wanita dianggap masyarakat kelas dua. mereka dilayan sebagai alat pemuas nafsu seks semata-mata. Mereka diperdagangkan. Perjudian dan arak adalah perkara biasa dan bukan dianggap suatu keaiban. Kalau di China umpamanya, anak perempuan dan isteri boleh dijadikan bayaran hutang judi. Manakala di India, wanita yang berkahwin hendaklah membakar diri sekiranya suaminya meninggal.

Lebih teruk di Semenanjung Tanah Arab, melahirkan anak perempuan merupakan suatu kehinaan di sisi masyarakat dan mereka saanggup membunuh anak perempuan bagi menjaga maruah di sisi kaum mereka. Peperangan dan pembunuhan adalah perkara biasa. Bangsa Arab kucar kacir,tidak mempunyai pemimpinberpusat bagi negara kerana mereka lebih bangga dengan suku kaum masing-masing. Pertelingkahan yang memakan masa berkurun lamanya adalah perkara biasa juga walaupun berlaku perselisihan faham yang kecil sahaja seperti binatang ternakan mati.

Ringkasnya, dunia sebelum kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam, berada dalam kegelapan moral dan tauhid walaupun tertegaknya dua Tamadun manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

KELAHIRAN MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Allah berfirman yg maksudnya:

"Dan tidaklah Aku utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat kepada seluruh alam."

Diceritakan bahawa tahun kelahiran nabi itu dikenali dengan Tahun Gajah bersempena tewasnya Tentera bergajah Raja Abrahah yang beragama Kristian mengerah tenteranya ke Mekah untuk meruntuhkan Kaabah bagi mempengaruhi masyarakat dunia bertumpu kepada Gereja yang dibinanya di Syam, Ibu kota Yaman.
Kisah ini disebut dalam Al Qur'an dalam surah al fil yang bermaksud;

"Tidakkah kamu melihat bagaimana Tuhan kamu memperlakukan terhadap Tentera Bergajah?

sehinggalah akhir ayat di mana bala tentera itu dimusnahkan oleh sekumpulan burung Ababil yang melontarkan batu sijjil(keras yang dibakar. ALLAH berfirman lagi;
"Dan Dia(ALLAH) mengutuskan keatas mereka burung ababil yang melontarkan mereka dengan batu drp tanah yang dibakar(sijjil). Maka jadilah mereka seperti daun2 yang dimakan (ulat)."

Bapa nabi Abdullah bin Abdul Muttalib, seorang pedagang dari Syam yang meninggal dunia ketika Nabi masih enam bulan dalam kandungan.

Diceritakan bahawa ketika baginda dilahirkan, Nabi tidak menangis sebagaimana bayi2 normal. Apabila nabi berpaling ke arah Parsi,api sembahan kaum majusi di Parsi(Iran) terpadam dengan tiba2.Dan apabila nabi berpaling ke arahibukota Rom, istananya bergegar. Nujum Di Raja Kerajaan Rom mengkhabarkan kepada Rajanya bahawa seorang pemimpin dunia telah dilahirkan. Raja Rom memerintahkan agar dicari dan dibunuh bayi itu.

Di Tanah Arab pula, Abu Lahab amat gembira apabila hambanya Suwaibah membawa berita kelahiran anak saudaranya lalu dibebasnya Suwaibah. Abu Lahab menyambut kelahiran nabi dengan membuat kenduri besar2an di Mekah. Diceritakan juga bahawa Siti Aminah ketika melahirkan anaknya itu, tidakpun merasa sakit.

Perkara2 pelik yang berlaku merupakanmukjizatkenabianyang ALLAH tunjukkanbagi tujuan supaya masyarakat Arab dan dunia memberi perhatian dan kenal dengan nabi. Ia juga sebagai suatu hikmah di mana ia dapat menjawab segala tohmahan para orientalis yg ingin merosakkan nama baik dan peribadi nabi, yang sebenarnya dipelihara oleh ALLAH semenjak lahir lagi.

KISAH PENYUSUAN

Memang menjadi amalan masyarakat bangsawan Arab di mana anak2 yang dilahirkan akan dihantar ke pedalaman untuk disusukan bagi mendapatkan tubuh badan dan akal yang sihat dan cergas.

Lalu ditakdirkan apabila tiba musim penyusuan, orang2 Bani Sa'ad menuju ke Kota Mekah untuk mencari bayi2 dari bangsa Quraisy utk upah penyusuan. Dalam rombongan banu Sa'ad ini, termasuklah Halimatun Sa'adiah dan suaminya, satu keluarga miskinyang juga mencari sesuap nasi dengan kerja penyusuan. disebabkan unta yang mereka naik uzur dan kekurangan minuman dan makanan, mereka tertinggal dalam perjalanan ke Kota Mekah. Apabila mereka sampai, didapati orang-orang lain telah bersedia untuk pulang dengan membawa bayi untuk disusukan. Ditakdirkan Halimatun Sa'adiah dan suaminya terus mengetuk pintu rumah SIti Aminah diketuk. Setelah menawarkan diri, siti aminah pun menceritakan perihal suaminya yang telah meninggal dan beliau tidak mempunyai banyak harta. mereka tergamam mendengarnya lalu cuba mendapatkan bayi dari rumah2 lain tetapi hampa. lalu Halimatun Sa'adiah pun berbincang dengan suaminya sama ada nak balik terus atau tidak. Mereka membayangkan kalau mereka balik ke desa dengan tangan kosong, di mana mereka hendak cari rezeki lagi. mereka juga membayangkan betapa malunya kpd ahli rombongan yg lain kalau mereka balik tgn kosong. Lalu mereka nekad untuk mengambil anak Aminah untuk disusukan. Takdir ALLAH mengatasi perancangan manusia. Walaupun dengan berat hati mengambil bayi yang bernama Muhammad itu, Halimatun Sa'adiah teruskan jua. Di saat beliau mendukung Muhammad, terus beliau merasakan suatu kelainan. Hatinya merasa tenang dan sejuk memandang ke arah bayi itu. Dalam perjalanan ke desa tercinta, walaupun pada awalnya ketinggalan jauh daripada ahli rombongan yang lain, Halimaun Sa'adiah dapat memintas dengan mudah kerana unta mereka tiba2 menjadi kuat dan cergas. Ketika berehat untuk minum, susu unta yang diperah menjadi banyak sehinggakan dapat diminum oleh mereka berdua dan unta itu sendiri. Mukjizat ALLAH tunjukkan lagi...

Dipendekkan cerita, ketika dalam jagaan Halimatun Sa'adiah di Kampung Bani Sa'ad itu, ternakan mereka beranak pinak menjadi banyak dan tanah kampung menjadi subur di luar kebiasaan. Orang2 kampung mula bercakap2 ttg keberkatan Muhammad, anak susuan Halimatun Sa'adiah. Suatu hari, ketika Muhammad bermain dengan kawan2nya, datang Malaikat Jibril ke arahnya. Kawan2nya lari meninggalkan Muhammad sendirian dan melihat dari jauh. Ketika itulah dada Muhammad dibedah Jibril dan dikeluarkan harinya untuk dibersihkan dengan air zam2. Kawan2nya tercengang lalu lari lintang pukang ke rumah dan memaklumkan kepada HalimatunSa'adiah bahawa anaknya dibunuh orang. Selepas peristiwa itu, HalimatunSa'adiah menjadi risau kerana cerita itu menjadi buah mulut orang kampungnya. Setelah mengingati semua peristiwa yg pernah berlaku kepada keluarganya semenjak menjaga Muhammad, Halimatun Sa'adiah memutuskan untuk menghantar Muhammad kembali ke Kota Mekah. Di situlah berakhirnya jagaan nabi di bawah HalimatunSa'adiah.

NABI YATIM PIATU

Siti Aminah ditakdirkan meninggal dunia ketika usianya baru 6 tahun.Kemudian beliau dipelihara oleh Datuknya Abdul Muttalib. Pada usianya 8 tahun, Abdul Muttalib pula meninggal dunia dan Abu Talib, bapa saudaranya pula mengambil alih tugas menjaganya sehinggalah baginda dewasa. Abu Talib sangat sayangkan anak saudaranya itu. Beliau sentiasa membawa baginda ke mana2 termasuklah apabila berdagang. Suatu masa, ketika baginda berusia 12 tahun, Abu Talib membawanya berdagang ke Syam dan dipendekkan cerita dalam perjalanan di suatu dusun di Syam, mereka bertemu dengan seorang pendita Nasrani yang pakar dalam Kitab Taurat dan Injil. Pendita yang bernama Bahira itu peringatan kepada Abu Talib bahawa anak saudaranya akan menjadi pemimpin dunia sebagaimana yg tercatat dalam kitab2 suci Injil dan Taurat. Ada tanda kenabian pada Muhammad dan kalau orang2 Yahudi dan nASRANI mengetahuinya, nescaya mereka akan membunuh anak saudaranya. Inilah yang disebut dalam Al Qur'an maksudnya,"mereka mengenalinya(Muhammad) sebagaimana mereka mengenali anak2 mereka sendiri."

PENGAJARAN/IKTIBAR

1.Kisah perjalanan hidup Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam waktu lahir hinggalah dibesarkan oleh Abu Talib bapa saudaranya yang tersayang menggambarkan kepada kita betapa hidup baginda penuh dengan liku2. Menjadi anak yatim pada usia mentah memang suatu dugaan besar baginya. Ini membentuk jiwa yang kental dan tabah.
2.Mukjizat-mukjizat yang berlaku terhadap nabi di saat kelahiran dan sepanjang zaman kanak2 baginda membuktikan kepada kita umat Islam dan umat Manusia seluruhnya bahawa inilah penyelamat dunia yang ALLAH utuskan. ALLAH menghendaki Nabi Muhammad dikenali oleh semua umat manusia atas mukabumi sejak kecil lagi agar hujjah orientalis barat dan orang 2 yang berniat jahat terhadap Muhammad dapat dipatahkan dgn mudah.
3.Ulang tahun kelahiran nabi Muhammad itu memang digalakkan untuk kita umat Islam mengingatinya tapi hendaklah kena dengan caranya. Kita boleh menyambutnya dengan memperbanyakkan solawat dan ibadah khusus2 yang dibuat oleh Nabi Muhammad sebagai tanda kecintaan kita kepada baginda sebagaimana firman ALLAH yg bermaksud;
"Katakanlah (wahai Muhammad) sekiranya kamu cintakan ALLAH,maka ikutlah aku, nescaya ALLAH akan mencintai kamu, dan mengampunkan dosa2 kamu, Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun dan Maha Penyayang."
Dan bukan pula menyambutnya dengan mengadakan acara yang bercanggah dengan Islam umpamanya bercampur gaur lelaki perempuan berarak menyambut Maulid Nabi.
4.Pernah suatu ketika apabila nabi melihat Yahudi berpuasa Asyura sempena mengingati kisah terselamatnya Nabi Musa daripada Fir'aun dan bala tenteranya ketika melintasi laut merah, Nabi sendiri bersabda, "Kami adalah lebih berhak daripada kamu tentang Musa(amalan berpuasa)." Maknanya nabi sendiri mengiktiraf peringatan peristiwaagama. Maka sudah tentulah kita umat Islam lebih2 lagi perlu mengingati kelahiran nabi.
5.Seharusnya kita menanamkan azam untuk mengikuti sunnahnya sebagaimana firman ALLAH;
"Dan apa2 yang datang daripada Rasul , maka ambillah. Dan apa2 yang ditegahnya kamu daripadanya, maka hindarkanlah."
6.kita juga sepatutnya menghayati sifat2 yang ada pada diri rasulullah sebagaimana yang disebutkan oleh A'isyah apabila ditanya sahabat bagaimanakah akhlak nabi. maka dijawabnya bahawa Akhlak nabi ialah al Qur'an. antara sifat2 yang perlu dicontohi ialah Berani, amanah, bercakap benar, menyampaikan dakwah, dan cerdik/bijaksana.
7.Terakhirnya, kita harus menyusuri kisah perjuangan nabi sepanjang bergelar Rasulullah dan cuba merealisasikan dalam kehidupan kita sendiri.



~luv alwiz~

Wednesday, February 2, 2011

Cuti......=)

Salam kasih di angin lalu.....cuti 4hari..yesss...dah dua minggu aku keja 7hari seminggu...=)cuti ni aku nak p umah kakak sulung aku Mushita Ahmed kat butterworth mesti la bawak mak aku sekali nanti kalau tinggai dia kat umah mesti 7hari 7malam dia duk bising kat aku..hehe......aku sekarang dah semakin tenang dan cool..Ya Allah aku tak pernah lelah mengikuti liku jalanMU Ya Allah dan hanya satu yang harus kupertahankan dalam diriku dan hidupku iaitu SABAR...jika kita baca dan renung balik ujian2 serta dugaan2 yang ditempuh oleh para nabi2 kita dulu,apa sangat lah ujian dan dugaan yang telah diberikan kepada kita...yang penting kita harus bersyukur..jangan lupa sujud dan meminta pada Allah yang satu....so kalau ada masa lagi aku tulis lagi k...selamat bercuti dan berhati2 di jalan raya....=)
~luv alwiz~

Sunday, January 30, 2011

Dadali - Disaat Aku Mencintaimu

Allah maha mengetahui sesuatu yg hambanya tidak mengetahui....

Assalamualaikum....jangan lupa untuk hadapi hari kamu semua dengan senyuman k...=)kadang2 banyak sangat persoalan dalam fikiran kita yang tiada jawapan sehingga terjadinya "Jiwa Kacau"..hehe..sebenarnya Allah lebih mengetahui segalanya..kadang2 kita sukakan sesuatu tetapi sebenarnya ia tidak baik untuk kita dan mungkin kita benci sesuatu tetapi itulah yang baik untuk kita...jangan berputus asa untuk mencari cintaNYA dan sentiasa sedar dari mana asal usul kita.....aminn..

Kisah ini mengisahkan bagaimana ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanahair dengan angkuh dan sombong. Di dalam kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa  yang boleh menjawab. Suatu hari dia bertemu seorang imam tua ditempatnya lalu dikemukakan segala persoalan yang terbuku dihatinya itu.Pemuda: Pak imam apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab
pertanyaan kamu!
Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya
tidak mampu menjawab pertanyaan saya.
Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya,  insya’Allah
Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan
Pertamanya jika benarlah Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan itu kepada saya?
Keduanya apakah yang dinamakan TAKDIR?
Ketiganya jika syaitan diciptakan dari api kenapa mereka dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?
Dengan sepontan Pak Imam tersebut menampar pipi si Pemuda itu dengan amat kuat.
Pemuda (sambil menahan sakit) : Kenapa Pak Imam marah kepada saya?
Pak Imam : Saya tidak marah…Tamparan itu adalah jawapan saya untuk 3 pertanyaan yang awak ajukan kepada saya….!!
Pemuda : Saya amat tidak faham…??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya tadi?
Pemuda : Tentu sahaja saya merasakan sakit dan pedih…!!
Pak Imam : Jadi awak percaya bahawa sakit itu ada?
Pemuda : Ya….!
Pak Imam : Tunjukan pada saya wujudnya sakit itu…, atau macam mana rupanya??..!
Pemuda : Tak boleh pak imam…!!!?
Pak Imam : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama awak, kita semua merasakan kewujudan Tuhan itu tanpa mampu melihat kewujudanNya.
Pak Imam : Adakah malam tadi awak bermimpi atau telah tahu saya akan menampar awak?
Pemuda : Tidak….!!?
Pak Imam : Apakah awak pernah terfikir akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?
Pemuda : Tidak….!!!?
Pak Imam : Itulah yang dinamakan TAKDIR!
Pak Imam : Terbuat dari apakah tangan yang saya gunakan untuk menampar awak ini?
Pemuda : Kulit dan daging…!!!
Pak Imam : Dari apakah dibuat pipi awak itu…?
Pemuda : Kulit dan daging….!!!??
Pak Imam : Bagaimana rasanya tamparan saya?
Pemuda : Sakit dan pedih….!!!?
Pak Imam : Itulah…! Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, Jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk syaitan….walaupun sama unsur asalnya.
Pemuda : Allahuakbar!
        Inilah antara kisah yang menarik yang mampu merungkaikan segala persoalan yang timbul di kepala pemuda tadi yang terjawab dengan penuh simbolik oleh Pak Imam.

~luv alwiz~

Saturday, January 15, 2011

Kisah Nabi Muhammad s.a.w Dengan Penggemis Buta....

Di sudut pasar Madinah Al-Munawarah seorang pengemis Yahudi buta, hari demi hari apabila ada orang yang mendekatinya ia selalu berkata “Wahai saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya kalian akan dipengaruhinya”. Setiap pagi Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawa makanan, dan tanpa berkata sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapi makanan yang dibawanya kepada pengemis itu walaupun pengemis itu selalu berpesan agar tidak mendekati orang yang bernama Muhammad. Rasulullah SAW melakukannya setiap hari hingga menjelang Beliau SAW wafat. Setelah kewafatan Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari Abu Bakar r.a berkunjung ke rumah anaknya Aisyah r.ha. Beliau bertanya kepada anaknya, “anakku adakah sunnah kekasihku yang belum aku kerjakan”, Aisyah r.ha menjawab pertanyaan ayahnya, “Wahai ayahanda engkau adalah seorang ahli sunnah hampir tidak ada satu sunnah pun yang belum ayahanda lakukan kecuali satu sunnah saja”. “Apakah Itu?”, tanya Abu Bakar r.a. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang berada di sana”, kata Aisyah r.ha.
Keesokan harinya Abu Bakar r.a. pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikannya kepada pengemis itu. Abu Bakar r.a mendatangi pengemis itu dan memberikan makanan itu kepada nya. Ketika Abu Bakar r.a. mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil berteriak, “siapakah kamu ?”. Abu Bakar r.a menjawab, “aku orang yang biasa”. “Bukan !, engkau bukan orang yang biasa mendatangiku”, jawab si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut dengan mulutnya setelah itu ia berikan pada ku dengan mulutnya sendiri”, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abu Bakar r.a. tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, aku memang bukan orang yang biasa datang pada mu, aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada lagi. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Setelah pengemis itu mendengar cerita Abu Bakar r.a. ia pun menangis dan kemudian berkata, benarkah demikian?, selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia…. Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat dihadapan Abu Bakar r.a..

~luv alwiz~