Aku lari
bukan sebab aku tak mahu kau tahu
tapi sebab aku takut bila kau tahu
rasa aku luruh satu-persatu.
Aku simpan semua rasa dalam dada besi,
tapi bila kau hulur tangan,
besi aku mula retak
dan aku takut serpihannya lukakan kau.
Jadi aku undur.
Jadi aku diam.
Jadi aku buka pintu
supaya kalau kau nak, kau boleh pergi,
sebelum aku runtuh.
Tapi kau…
kau duduk.
Kau tak pergi.
Dan buat pertama kali
aku rasa, mungkin,
serpihan aku boleh dikutip perlahan-lahan,
tanpa buat kulit kau tergores.