Monday, July 25, 2011

Kata-Kata Motivasi Untuk Semangat Yang Hilang.....

Salam kasih diangin lalu...dah dekat bulan Ramadhan kan,sungguh aku amat rindu akan kehadirannya..aku tak tau kenapa sejak akhir-akhir ni aku jadi xhapy..aku mencari2 kemana perginya semangat aku yang semakin hilang... =( Ya Allah hanya padaMU aku bersujud memohon petunjuk serta perlindungan..semoga bertemu kedamaian...tak banyak yang aku nak ceritakan mungkin hati tak terasa untuk meluahkan kata..kadang2 silence is better... (: untuk tidak terlalu memikirkan rasa yang xhapy ni aku cuba penuhkan kata-kata motivasi dalam diri,sekurangnya dapat redakan hati aku...... 




Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya, dan mencuba lagi dengan cara yang lain.


Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.


Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.


Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah mempelajari sesuatu.


Wang bukanlah segala-galanya, namun ia pasti menjadi penghubung dengan anak-anak anda.


Ramai orang yang masih bergantung kepada kerja-kerja yang bergaji rendah kerana mereka takut gagal jika mencuba kerja lain.


Kesilapan adalah bukti bahawa seseorang itu telah mencuba membuat sesuatu perkara atau pekerjaan.


Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.


Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira.Kegagalan itu sendiri tidak dikira.


Anda tidak gagal.Anda hanya menemui cara yang tidak berkesan.


Kesilapan adalah realiti kehidupan.yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.


Jika anda inginkan sebuah tempat di matahari,bersedialah untuk terbakar.


Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah dipilih.


Malah kesilapan pun mungkin menjadi perkara penting bagi menjamin kejayaan yang bernilai.


Sekiranya anda mahu mengambil seorang pekerja,pastikan dia pernah gagal sebelumnya.


Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh.Kegagagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.


Sekiranya kita bersaing dengan diri kita sendiri dan kita mengalami kegagalan, siapakah yang menang?Fikirkanlah!.


"Lulus" dan "Gagal" adalah cara lama mengkategorikan seseeorang.Cara baru ialah "pengetahuan" dan"Kejahilan".


Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang anda lakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.


Mungkin tiada kegagalan bagi orang yang terus berjuang.


Ramai orang mencari tempat yang selamat,tetapi akhirnya tersangkut!


Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu-iaitu takut GAGAL!!


Tiada siapa yang berha mengecap anda sebagai orang yang gagal,kecuali diri anda sendiri.


Sekiranya anda menemui sebuah laluan tanpa halangan, ia mungkin tidak membawa anda ke mana-mana.


Kesialpan-kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu kita pelajari.


Apabila anda telah sampai ke penghujung tali......dan tiada lagi simpulan untuk bergantung......lompatlah ke tali yang lain.


Kegagalan hanyalah satu peluang untuk anda mencuba lagi untuk berjaya!!.


Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu, sebenarnya telah tewas!!.


Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagal terlebih dahulu.


Cara yang terbaik untuk belajar untuk menjadi pemenang ialah belajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan,perbuatan atau sebagainya.


Kegagalan dalam hidup adalah menjadi seorang yang tidak belajar daripada kegagalannya itu.


Sekali gagal, tidak bermakna anda telah tewas,.....anda hanya tewas apabila anda telah berputus-asa.


Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.


Kesilapan adalah sebahagian daripada hutang yang perlu dilangsaikan sepanjang hayat.


Hadiah paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau berputus-asa.


Setiap orang mempunyai keazaman yang kukuh untuk mencapai matlamat sehingga mampu mengenepikan kegagalan dalam usaha tersebut.


Orang yang kalah membayangkan hukuman bagi kegagalan.Orang yang menang membayangkan ganjaran bagi setiap kejayaan.


Terseradung bukannya terjatuh.


Sekiranya anak-anak diasuh untuk takut mencuba sesuatu yang baru kerana takutkan kegagalan,mereka tidak akan menjadi orang berani kelak.


Dalam percubaan-percubaan yang hebat, adalah dianggap cemerlang meskipun gagal.


Jika pada awalnya anda tidak berjaya,cubalah cari kembali arah haluan yang pernah anda lemparkan ke dalam tong sampah.


Apabila anda kaya,fikirkanlah saat-saat anda pernah miskin dahulu.


Kita memerlukan kegelapan untuk melihat bintang.


Hidup adalah satu kesilapan yang berterusan di mana kita belajar untuk menjadi sempurna.


Salah satu kesilapan besar yang boleh kita lakukan dalam hidup ini adalah sentiasa takut untuk melakukan kesilapan.


Jangan berputus-asa kerana biasanya anak kunci terakhirlah yang dapat membuka kumci.


Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal,kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.


Kesilapan demi kesilapan membawa seseoarang menemui kebenaran hakiki.


Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberikan perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini,bukannya mencari-cari-apa silapnya.


Kesulitan menyerlahkan sifat sebenar manusia.


Pada pendangan saya,sekiranya anda mahukan pelangi, kenalah hujan dahulu.


Saya boleh menerima kegagalan kerana setiap orang gagal dalam sesetengah perkara.tetapi saya tidak boleh menerima orang yang tidak berani mencuba.


Anda bukannya gagal.Anda hanya tidak tahu beberapa perkara lagi.


Satu kesalahan tidak akan menjadi kesilapan sehinggalah anda membetulkannya.


Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus-asa untuk mencuba lagi.


Saya tidak membahagikan dunia kepada yang lemah dan gagah,atau yang berjaya dan gagal,juga bukan di antara yang boleh melakukan sesuatu atau sebaliknya.Saya membahagikan dunia kepada mereka yang belajar dan tidak belajar.


Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesani potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.


Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.


Jangan katakan kegagalan itu kesilapan.Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.


Anda tidak akan mengetahu tentang diri sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.


Janganlah takut untuk mengakui kesilapan.Ia samalah seperti mengatakan bahawa anda lebih bijak pada hari ini berbanding dengan semalam.


Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba.Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

~luv alwiz~

Friday, July 8, 2011

Melihat dunia yang semakin parah..

Ummah semakin hilang arah,
Syaitan ketawa berdekah,
Maksiat berleluasa.

Aku tidak lagi terhibur...
Tidak pula tersentak,
Terpana jauh sekali.

Kerana semua itu,
Sudah menjadi lali...
Tiada lagi istilah terkadang,
Melainkan selalu sahaja.


Hati manusia semakin hilang sensitiviti...
Perkara dosa dianggap biasa,
Perkara pahala dianggap bala...

~luv alwiz~

Saturday, July 2, 2011

Salam Syaaban....=)


~Ya Allah Ya Tuhanku,peliharalah aku sehingga aku kembali ke pangkuan-MU ~
Salam kasih diangin lalu.....
Assalamualaikum....lama kan aku xmenulis dalam blog ni...sejujurnya aku sangat-sangat bersyukur kerana masih dapat menghirup udara dari Maha Esa...terima kasih Allah...aku masih dalam proses belajar,terlalu banyak perkara yang aku tidak tahu dan aku juga punya banyak kelemahan diri,banyak yang aku lalui sejak akhir-akhir ini berjumpa dengan beberapa manusia yang baru dengan karektor yang berbeza-beza membuatkan aku makin menghargai hidup..kadang-kadang Allah sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah agar kita lebih menghargai orang-orang berhati baik yang berada disekeliling kita sekaligus mempelajari bahawa dalam dunia ni bukan nya semua yang indah-indah saja tapi ada juga pahit yang terpaksa kita telan..tapi aku tetap masih ingat pesan arwah ayah aku "biar orang buat jahat pada kita tapi kita jangan buat jahat pada org"...insyallah,masih aku ingat pesanan itu...dan aku sentiasa berdoa agar aku dijauhkan dengan manusia yang berniat jahat dan sentiasa dipertemukan dengan insan-insan yang baik yang dapat membantu aku kearah kebaikan...sedar tak sedar hari ni dah masuk bulan Syaaban...alhamdulilah umur masih panjang,masih berpeluang terus menagih cinta dari-NYA,perbetulkan kesalahan dan kelemahan diri untuk menjadi manusia yang tak lupa diri...disini aku kongsikan beberapa fadhilat bulan Syaaban yang aku baca...selamat membaca...=) 
Sabda Nabi s.a.w. :- ‘Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan Syaaban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.’ Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan Syaaban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka. Dia akan menjadi taulan Nabi Allah Yusuf di dalam syurga.Diberi pahala oleh Allah seperti pahala Nabi Allah Ayub dan Nabi Daud. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan Syaaban, dimudahkan Allah atasnya Sakrotulmaut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari qiamat, dan diwajibkan syurga baginya. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan Syaaban dan akhir khamis daripada Syaaban, dimasukkan dia ke dalam syurga. Berkata Siti Aisyah r.a. :- ‘Bulan yang lebih dikasihi oleh Rasulullah S.A.W. ialah bulan Syaaban.’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Syaaban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku. Syaaban ialah mengkifaratkan dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani).’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Bahawa puasa Syaaban kerana membesarkan Ramadhan, siapa berpuasa tiga hari daripada bulan Syaaban, kemudian dia bersolawat atasku beberapa kali sebelum berbuka puasa, maka diampunkan oleh Allah dosanya yang telah lalu,diberkatkan rezkinya baginya. Bahawa Allah membukakan pada bulan itu tiga ratuspintu rahmat.’ Sabda Nabi S.A.W :- ‘Dinamakan Syaaban kerana padanya terdapat kebajikan yang amat banyak, dan puasa yang lebih afdhal sesudah Ramadhan ialah puasa bulan Syaaban.’ Sabda Nabi S.A.W :- ‘Bahawa kelebihan Rejab atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran atas segala kalam. Kelebihan Syaaban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihanku atas segala Anbia’. Kelebihan Ramadhan atas bulan-bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas sekelian makhlukNya.’ Bulan Syaaban - keagungan malamnya dengan Nisfu Syaaban seperti keagungan Rejab dengan malam Isra’ Mikrajnya, dan keagungan Ramadhan dengan Lailatul Qadarnya. Maka pada malam Nisfu Syaaban telah datang Jibril kepada Rasulullah S.A.W. lalu katanya :- ‘Angkat kepalamu ke langit, itulah malam yang dibukakan Allah padanya tiga ratus rahmat dan diampunkan Allah sekelian orang yang tiada syirik denganNya sesuatu, kecuali tukang nujum, kekal dalam zina, kekal minum arak dan derhaka terhadap ibubapa.’ Sabda Nabi S.A.W. :- ‘Allah menilik kepada hambaNya pada malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa segala makhlukNya melainkan orang syirik dan orang yang tiada bertutur dengan saudaranya. Sabdanya lagi :- ‘Apabila pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya bersembahyang, beribadat, dan puasa kamu pada siangnya. Allah berfirman, Adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang ditimpa bala Aku afiatkannya. Adakah orang yang meminta rezki maka Aku rezkikannya, demikianlah pertanyaan lainnya sehingga keluar fajar subuh. Tersebut dalam kitab Al-Barokah, bahawa jin, burung, binatang-binatang buas,ikan di laut berpuasa mereka pada hari Nisfu Syaaban. Tersebut di dalam kitab Iqna’, bahawa Jibril bersungguh-sungguh pada malam Nisfu Syaaban menunaikan segala hajat. Maka datanglah Jibril kepada Rasulullah S.A.W. kali keduanya, katanya :- ‘Ya Muhammad, gembirakanlah kamu bahawa Allah telah mengampunkan segala umatmu orang yang tiada mensyirikkanNya sesuatu, angkatkan kepalamu, lalu Rasulullah mengangkatkan kepalanya, tiba-tiba terbuka segala pintu syurga.’ Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :- ‘Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya. Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya. Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :- Orang yang kekal minum arak. Orang yang derhaka dua ibubapanya. Orang yang kekal dalam zina. Orang yang banyak berkelahi. Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi. Sesiapa sembahyang pada malam Nisfu Syaaban daripada umat Muhammad S.A.W. terlebih afdal daripada ibadatnya 400 tahun. Demikian Allah memberitahu kepada Nabi Isa lalu Nabi Isa pun berdoa kepada Tuhan, ‘Mudah-mudahan aku daripada umat Muhammad S.A.W.’

~luv alwiz~