Saturday, August 14, 2010

Kisah terawih....

Salam Ramadhan buat semua yg di sayangi......=)
erm...saja ja nak luahkan perasaan aku malam ni kat blog syok sendiri ni....hehe...ok2 berbalik pada kisah terawih aku malam ni k..hari ni aku bawak mak aku p bukak posa kat luar ditemani oleh amira(anak angkat mak aku yang kematian mak die 2tahun yg lalu so bila posa aku mesti ajak die berbuka sama2)bole dikatakan macam kartun gak la kami bertiga berbuka posa sebab nak balik awai nak p terawih..(masing2 dah semangat nak p terawih tau..)alhamdulilah sempat gak kami sampai umah awai...tapi malam ni kawan mak aku m.cik kiah pun join skali p terawih laju jaa mak aku jalan kat depan ngan kawan dia tinggai aku ngan mira kat belakang..huhu(kalau tak mesti dia bising suh aku jalan pelan2 teman dia)m.cik kiah ni kira kawan mak aku yg paling ngam la ngan dia suka n duka di kongsi bersama..tq to m.cik kiah atas kesudian dia bersaudara dgn kami sekeluarga...=)ok2...seperti biasa pas cuci kaki aku pn masuk la dlm masjid ready2 nak solat isya n terawih...tetiba ada pengumuman dari imam yg bertugas yg malam ni kita akan buat 8rakaat ja solat terawih lepas tu akan ada tazkirah....selalunya aku tak tunggu sampai 23rakaat,lepas 8rakaat aku akn balik n wat solat witir kat umah tp mlm ni aku wat kputusan nak dgr tazkirah sbb aku xslalu berkesempatan dgr tazkirah dan seingat aku kali terakir aku dgr pun bulan posa tahun lepas waktu ofis aku wat program sumbangan hari raya utk ibu tunggal lepas tu aku sibuk ja ngan program yg dtg bertimpa2,dah nama pun keja kan..so lepas solat terawih 8rakaat bermulalah tazkirah dan sorang m.cik ni pun bukak la tirai so aku leh nampak la muka ustaz yg dalam lingkungan lewat 50-an kot..tazkirah tentang kebaikan memberi makan kepada org yg berbuka puasa..agak terpegun gak la aku dgr tazkirah ustaz ni sbb dia pandai susun ayat sesekali dia ader selit lawak dlm tazkirah dia...ini antara yg aku ingat"sahabat Rasulullah pernah beritahu pada Rasulullah bagaimana mereka nak memberi makan pada org berbuka padahal mereka pun tiada makanan...Rasulullah menjawab,berilah walau segelas air..." banyak pahalanya bagi org yg memberi makan utk org yg berpuasa..waktu tu aku teringat dan hargai sgt selama ni mak aku duk masak utk kami sekeluarga untuk berbuka..tq to Maznah Binti Hassan (mak aku)semoga Allah memberkatimu....aminnn...Alhamdulilah malam ni hati aku menjadi semakin tenang,setenang lautan biru....Ya Allah indahnya kurniaanMU....
~luv alwiz~

Thursday, August 12, 2010

Terawih....

Salam Ramadhan....erm..agak lame gak la aku tak tulis dlm blog ni kan...ok2...walaupun dah 2hari kite berpuasa tapi mlm ni mlm pertama aku p terawih,ntah nape hati aku nak sgt2 p mlm ni dan insyallah mlm2 seterusnya jika di izinkan Allah hingga akhir Ramadhan....aku p ngan mak aku,jalan la dua beranak menuju ke masjid yg betul2 terletak depan umah aku(xpayah lintas jln pun)...melangkah ja dlm masjid hati aku terasa sayu..erm,agak lama gak la aku xmasuk dlm masjid ni dan suasana masih tak berubah cuma ada sikit2 ja perubahan......Ya Allah rindunya aku zaman kecik2 dulu...nak dijadikan cerita bila mai ja bulan puasa spupu dan kakak2 aku mesti akan berkumpul nak p semayang terawih...aku pun sibuk skali nak ikut tp dgn syarat jgn buat kacau....(mentang2 la aku yg kecik)aku pun bwk la beg yg berisi telekung terhegeh2 ikut di belakang kakak dan spupu aku...masuk ja dlm masjid aku nampak ramai mak cik2 dlm masjid duk tengah tunggu nak semayang terawih la tuuu...aku pn duduk sebaris ngan kakak n spupu aku...bila depa dgr suara imam depa pn trus bangun standby nak semayang..nak dijadikan cerita bila dh berdiri rapat2 so ada la ruang kosong so aku ni tanpa segan silu p la mengisi kekosongan e2..(depan skali pulak tu,mungkin bakat keberanian aku ni dari kecik kot)pastu tiba2 sorang m.cik ni teguq aku suruh aku p duk blakang skali sbb aku budak2.....aku dgn muka sedih p la duk ngan budak2 yg sealiran dgn aku...huhu..(sedih oooo)aku pun teruskan gak la perjuangan aku nak abiskan terawih pertama aku malam tuu dgn perasaan sedih sbb kena duk belakanggg...:( bila abis ja terawih aku pun lipat la telekung cepat2 sambil mata duk tgk kelibat kakak2 dan sepupu aku sbb depa ni bukan buleh nanti tinggai aku sorang2 dah la kat tepi tu ada kubur....(seram aku)tiba2 mai sorang makcik kat depan aku,makcik yg marah aku suh duk belakang tu arrr...(ish,nak apa pulak org tua ni,xkan xpuas hati lg kot)tiba2 dia hulur tgn dia minta maaf kat aku sbb buat mcm tu tadi dan dia terangkan pasaipa budak2 kena duk belakang,dia suka sbenarnya dgn semangat aku nak duk dpn tadi cuma dia kata nanti bila aku dh besaq baru aku faham apa yg dia cakapkan ni......pastu aku pun senyum ja..(senyum kambing kot)then dia bagi kat aku nasi bungkus dia yg mmg masjid akan bg setiap kali abis terawih so aku dapat 2bungkus nasi malam tuuu....=)tapi tetiba aku tersedar yg kakak2 dan sepupu aku dah balik tinggai akuu...cessss....so malam tu aku gagahkan semangat lalu depan kuburr yg seram tu balik ke umah sambil dlm hati duk pulun marah mak cik tu sbb dia la aku kena tinggai.......huhu
Tapi malam tu aku asyik terbayang muka mak cik tu dan sbenarnya aku dah maafkan dia pun sbb sekarang aku dah faham kenapa die wat mcm tu....=)tq makcik...

~luv alwiz~

Friday, July 23, 2010

Berkorban itu indah....

Berkorban itu indah....





Telah dua bulan musim hujan berlalu sehingga dimana-mana pepohonan nampak menghijau. Kelihatan seekor ulat di antara dedaun menghijau yang bergoyang-goyang diterpa angin.

"Apa khabar daun hijau," katanya. Tersentak daun hijau menoleh ke arah suara yang datang.
"Oh, kamu ulat. Badanmu kelihatan kurus dan kecil, mengapa?" tanya daun hijau.

"Aku hampir tidak mendapatkan dedaunan untuk makananku. Bolehkah engkau membantuku sahabat?" kata ulat kecil.


"Tentu..tentu..dekatlah kemari." Daun hijau berfikir, "jika aku memberikan sedikit dari tubuhku ini untuk makanan si ulat, aku akan tetap hijau. Hanya sahaja aku akan kelihatan berlubang-lubang. Tapi tak apalah."


"Perlahan-lahan ulat menggerakkan tubuhnya menuju daun hijau. Setelah makan dengan kenyang ulat berterima kasih kepada daun hijau yang telah merelakan bahagian tubuhnya menjadi makanan si ulat. Ketika ulat mengucapkan terima kasih kepada sahabat yang penuh kasih dan pengorbanan itu, ada rasa puas di dalam diri daun hijau. Sekalipun tubuhnya kini berlubang di sana-sini namun ia bahagia dapat melakukan sesuatu bagi ulat kecil yang lapar.
Tidak lama berselang ketika musim panas datang daun hijau menjadi kering dan berubah warna. Akhirnya ia jatuh ke tanah, disapu orang dan dibakar.


Apa yang terlalu bererti di hidup kita sehingga kita enggan berkorban sedikit sahaja bagi sesama?


Nah... akhirnya semua yang ada akan "mati" bagi sesamanya yang tidak menutup mata ketika sesamanya dalam kesukaran. Yang tidak membelakangi dan seolah tidak mendengar ketika sesamanya berteriak meminta tolong. Ia rela melakukan sesuatu untuk kepentingan orang lain dan sejenak mengabaikan kepentingan diri sendiri.


Merelakan kesenangan dan kepentingan diri sendiri bagi sesama memang tidak mudah, tetapi indah. Ketika berkorban diri kita sendiri menjadi seperti daun hijau yang berlobang namun itu sebenarnya tidak mempengaruhi hidup kita, kita akan tetap hijau, Allah akan tetap memberkati dan memelihara kita.


Bagi "daun hijau", berkorban merupakan sesuatu perkara yang mengesankan dan terasa indah serta memuaskan. Dia bahagia melihat sesamanya dapat tersenyum kerana pengorbanan yang ia lakukan. Ia juga melakukannya kerana menyedari bahawa ia tidak akan selamanya tinggal sebagai "daun hijau". Suatu hari ia akan kering dan jatuh.


Demikianlah kehidupan kita. Hidup ini hanya sementara, kemudian kita akan mati. Itu sebabnya isilah hidup ini dengan perbuatan - perbuatan baik, kasih, pengorbanan, pengertian, kesetiaan, kesabaran dan kerendahan hati.


Jadikanlah berkorban itu sebagai sesuatu yang menyenangkan dan membawa sukacita tersendiri bagi anda. Kita dapat berkorban dalam banyak perkara. Mendahulukan kepentingan sesama, melakukan sesuatu bagi mereka, memberikan apa yang kita punyai dan masih banyak lagi pengorbanan yang dapat kita lakukan.


Yang mana yang sering kita lakukan? Menjadi ulat kecil yang menerima kebaikan orang atau menjadi "daun hijau" yang senang memberi..

~luv alwiz~

Saturday, July 10, 2010

Tuesday, July 6, 2010

Jiwa kacau....

Salam kasih di angin lalu.....hidup aku agak sentimental sejak akhir2 ni..aku tau kwn2 keja n fb dh leh agak pasaipa aku duk layan jiwang....dan masih ada yg tertanya2 awat aku jd sejiwang nii....adussss....mcm mana ek nak bgtau sbb aku tak mampu nak luahkan sbb agak payah...untuk pengetahuan semua wawa n nina dah selamat pun kembali kat mak kandung depa pd 3julai2010 hari tu..(wawa n nina anak angkat yg aku n fmily jaga hampir 2tahun)wawa duk ngan aku,nina duk ngan kakak aku kat bttrworth...betui kan budak2 ni mmg ada aura depa tersendiri sbb aku dh pn rasa tempiasnya sejak depa xdak...semua jd serba tak kena mcm terasa sgt2 kehilangan...aku sbenarnya kesian kt mak aku sbb dia yg duk pulun jaga wawa,aku tau dia syg sgt2 kt wawa tu mcm cucu dia sendiri tiap2 pg duk siap2 wawa p tadika p hantaq makan kat wawa dia kata perangai wawa ada mcm waktu kakak sulung aku kecik2 dulu bijak walaupun kulit hitam ada aura tersendiri so semangat mak aku jd lain bile jaga wawa(kak jgn marah ye..)mesti korang bole bayangkan mcm mana perasaan mak aku kan...24jam ngan wawa sampai wawa dh pandai cabut uban mak aku dah...:)tp tiba2 semua tu hilang dari dia aku dpt rasa betapa sedih hati dia aku pnah  tgk dia nangis n sejak akhir2 ni dia kerap sakit tmbah2 dia ada darah tinggi,aku risau tgk keadaan dia tp aku hnya mampu berdoa agar semuanya baik2 ja.....aku pulak kena la buat2 kuat n cool sbb tak kan aku nk sedih2 dpn mak aku n family aku sedangkan depa pn tgh bersedih...aku simpan ja la dlm hati n kdg2 luahkan dlm fb...e2 ja la cara aku luahkan perasaan aku..tipu la kalau aku kata aku xsedih sbb bnyk gak la kenangan waktu wawa dgn aku..kalau korang nk tau setiap pukui 2pg mesti dia akn bgun p toilet..aku biasa la tidoq lambat so leh dengaq la tapak kaki dia duk lari p toilet mayb tak tahan kotttt...lg satu bila aku balik keja ja dia mesti bukak pintu mai kat aku serbu amik beg keja aku bwk masuk umah..sejuk hati aku tgk dia hilang smua penat...:)teringat aku pd satu kejadian waktu tu aku blik keja lmbat so letih sgt2 tp masih sempat open fb tau..hehe kebiasaannya wawa akan masuk bilik aku p kt cermin solek n susun2 bedak n botol2 yg ader kt cermin solek 2 ntah aku pn xtau apa yg dia syok sgt wat camtu tp aku wat tak tau ja la mungkin dia rasa satu kepuasan kot buat camtu kira mcm teman aku gak la even aku xlayan dia,tp hari tu dia tak trus p kat cermin solek tp trus mai duk kat tepi aku lama pulak tu then aku tnya la "awat" pastu baru dia cakap"acik jom p makan mc.donald"aku pulak dgn spontan je jwb tak payah p mc.donald makan kat rumah ja pastu dia trus kuar,aku pn wat tak tau la dh la aku penat pastu duk mntak yg bukan2 pulak ishh..esok pg aku duk standby nk kuar p keja,wawa mcm biasa la awai2 dh p tadika tiba2 mak aku teguq aku nk bgtau pasai wawa(dlm hti aku duk pikiaq budak ni wat perangai apa pulak dahhh..)mak aku bg kt aku file aku pn bukak la tgk ada kertas2 tertulis nama Nurul Najwa Bt Ahmad agak terkejut gak la bila aku tgk keputusan periksa dia smua 100% cuma satu kertas dpt98% satu kertas lg 96% pastu mak aku tnya wawa ada ckp apa2 dak kat aku mlm tadi so dgn sepantas kilat aku bgtau kt mak aku malam ni kita p tesco mkn mc.donald...sepanjang prjalanan aku rasa bersalah sgt kat wawa pasai kes mlm td tp jauh disudut hati aku rasa hapy yg tak dpt aku gambarkn bile teringat keputusan periksa wawa erm..apa2 pn mlm tu aku bwk wawa p mkn mc.donald n maen kt tempat mainan kt tesco yg kene byr rm4 kot kalau x tak silap aku....erm,biasa la budak2 cepat lupa bila depa seronok nasib baik dia tak mrajuk kat aku pasai kes mlm tuu hehe.....tp semua tu dah tinggal kenangan yg tak mungkin kembali.....aku sendiri xtau sampai bila mood aku akan mcm ni..tiap2 mlm aku sujud kdg2 nangis mintak pd Allah kuatkanlah hti aku n kembalikan la semangat aku sbb aku tak mau sedih2 lg sekurang2nya bagilah kekuatan utk aku berlakon cool dpn fmily aku....e2 baru kisah mak aku..kakak aku yg jaga nina pun agak teruk sbb dia amik jaga nina dari nina xbole bercakap sampai la dah pandai ckp siap speaking london lg mana tak nya kakak aku kan cikgu mcm2 la dia wat experiment kat nina..tp serius wawa n nina mmg dianugerahkan otak yg bijak oleh tuhan..kebetulan kakak aku n suami dia blum dikurniakan anak lg so mmg kasih syg utk nina mmg melimpah ruah....baru2 ni aku p umah kakak aku kononnya aku tertinggal jaket jabatan kt umah dia sbb aku wajib pakai jaket 2 utk program padahal aku dh agak dh mmg tak dak tp aku saja nk tgk mcm mana keadaan depa suami istri.....masuk ja umah suasana jd sayu apabila terpandang basikal kecik colour ijau milik nina yg aku hadiahkn pd nina dulu....barang2 mainan dia cukup mengamit kenangan..aku tgk kakak aku nangis sambil duk maen game dpn laptop pelan2 aku tnya "awat kak"....dia kata dia xleh tgk brg2 mainan nina tmbah2 sejak akhir2 ni dia dh pndai kayuh basikal duk kayuh dlm umah..kakak aku mcm duk terbayang2 kelibat dia....:( aku fhm perasaan dia tp apalah aku leh wt sbb aku tak berani bermain dgn perasaan takut trsilap bicara so aku pn teruskan langkah masuk bilik nk letak beg n salin baju tetiba kenangan megusik jiwa bila aku terpandang katil dlm bilik tu teringat peristiwa aku dgn nina satu masa dulu....katil tu kira tmpat tidoq tetap nina la sbb kakak aku mmg ajar nina tidoq bilik sendiri kira ala2 org putih la hehe..nak dijadikan cerita aku selalu tumpang tidoq umah kakak aku bila aku nk p umah kwn aku kat belah seberang tp kdg2 lebih kepada rindu kat nina sbenarnya sbb suka tgk keletah dia mcm mr.bean..huhu..setiap kali on d way smpai umah kakak aku mesti aku singgah kt petronas dekat umah kakak aku tak pnah isi minyak pun cuma masuk kedai beli coklat Rocky utk nina sbb nina mmg sgt2 suke ngan coklat bernama Rocky tuu kdg2 aku pun terikut2 tersuka pulak....ish3..:)tp hri tu aku hnya berenti isi minyak je tp xmasuk dlm kedai pn sbb tak tau nak beli apa...:(ok2 kite berbalik cite pasal katil tadi k....sudah jd kebiasaan bila aku tidoq umah kakak aku ja mesti aku akan tidoq atas katil n kakak aku akan letak toto kat bawah utk nina tidoq tp nina mesti tak puashati,bila kakak aku kuaq ja bilik dia mesti kacau aku punya dia akan tarik idung aku la maen muka aku la n pling aku tak tahan part dia wat geli2 kat kaki aku adusss trpaksa la aku bwk naek dia tidoq sbelah aku sedaq2 bila pg aku tidoq peluk dia...hehe mmg kenangan tak dpt aku lupa bila dgn nina....Aku syg wawa aku syg nina tapi aku bukan siapa-siapa utk mereka tak beerti bahawa aku harus miliki mereka selamanya......
Akhirnya waktu mengalahkanku menghapus smua yg prnah mnjd harapku dan aku pn harus menyerah pd knyataan yg tak kuharap hadir..kalian pergi membwa sepenggal bhagia yg kuselipkan brsama sluruh hatiku..dan kalian pn hrus mnjd hari yg kulewati tnpa merasakn apapun yg ingin kukenang...


~luv alwiz~♥

Thursday, March 4, 2010

Salam kasih di angin lalu......

Salam kasih di angin lalu.....


Apabila kamu bercakap, percakapan kamu adalah patut diluahkan jika ia difikirkan lebih bernilai daripada tidak bercakap langsung. Tiga orang pandang ke luar tingkap, seorang melihat tanah, seorang melihat pokok, seorang melihat awan. Ini kerana setiap manusia mempunyai persepsi yang berbeza. Lantaran itu, jangan berasa marah jika orang lain berbeza pendapat dengan kita.




Orang yang tidak menganggap dirinya bahagia adalah orang yang tidak akan hidup dengan bahagia.



Orang berjaya tidak pernah putus asa. Sebaliknya orang yang mudah putus asa ialah orang yang tidak akan berjaya.



Cerek yang kecil adalah lebih mudah panas. Orang yang berhati kecil mudah berasa marah.



Orang yang tidak dapat mengawal emosi sendiri adalah orang yang tidak dianggap merdeka.



Tali gitar yang diikat terlalu ketat akan senang putus. Manakala tali yang diikat terlalu longgar tidak akan mengeluarkan bunyi yang merdu. Oleh itu, hiduplah dalam kesederhanaan.



Kemarahan biasanya bermula daripada fikiran yang tidak bijak dan diakhiri dengan kekesalan.



Kesedihan yang dialami akan menjadi pudar selepas suatu jangkamasa berlalu.



Melakukan kesilapan adalah suatu perkara yang biasa. Sedia memaafkan kesilapan adalah perkara yang luar biasa.



Manusia biasanya hidup tidak melebihi 100 tahun, tetapi kerisauan yang dialami lebih daripada 1000 tahun.



Sukailah dengan apa yang perlu anda buat, jangan buat apa sahaja yang anda suka.



Belajar daripada kesilapan yang orang lain lakukan akan mengurangkan kesilapan yang mungkin kita lakukan.



Wang adalah alat yang kita gunakan dan bukan alat yang mempergunakan kita.



Tiada orang yang boleh merisaukan kamu melainkan fikiran kamu sendiri.



Manusia selalu mengharapkan kegembiraan daripada orang lain, tetapi jarang memberi kegembiraan kepada orang lain secara sukarela.



Kesedihan dan kegembiran adalah di tangan sendiri dan bukannya di tangan orang lain.



Musuh yang paling hebat di dunia ini ialah diri kita sendiri.



Orang yang paling bodoh ialah orang yang selalu risau atau marah kerana kesilapan orang lain.



Masa yang kita gunakan untuk mencari kesilapan orang lain biasanya adalah lebih banyak daripada masa yang kita gunakan untuk memperbaiki kesilapan sendiri.



Hati fikir perkara baik, mulut cakap perkara baik, badan lakukan perkara baik.



Semua manusia mempunyai satu mulut dan sepasang telinga, maka kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar.



Apabila anda menuding jari terhadap kesilapan orang lain, sebenarnya 3 jari anda telah menuding kepada diri anda sendiri.



Insan yang berilmu akan menganggap dirinya kurang ilmu, manakala orang bodoh akan menganggap dirinya orang yang sangat pandai.



Hadiah yang paling berharga buat teman ialah bertimbang rasa dan sedia memaafkan kesilapannya.



Bersikap baik terhadap insan yang jahat adalah cara yang lebih baik daripada bersikap buruk terhadap mereka.



Dalam hidup ini, sebarang keadaan yang kita temui adalah kurang penting, yang paling penting ialah arah yang kita tujui.



Orang biasa akan marah apabila dikritik oleh orang lain, manakala orang yang mulia ialah mereka yang memperbaiki diri daripada kritikan orang lain kerana musuh biasanya akan memberitahu kesilapan yang anda buat tanpa disedari.



Orang yang berfikiran positif akan melihat peluang dalam semua keadaan. Manakala orang yang berfikiran negatif akan berasa risau dalam segala keadaan yang baik.



Kita perlu menghembus nafas dahulu sebelum menerima udara yang segar. Kita perlu berusaha bersungguh-sungguh sebelum menempuh sesuatu kejayaan.



Bagi manusia yang tidak mengenali erti hidup, maka hidup adalah satu hukuman baginya.



Kadangkalanya, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan menggunakan kaedah yang paling mudah.



Hayatilah kehidupan anda, janganlah dibandingkan dengan orang lain.



Kebencian tidak dapat di atasi dengan kebencian, tetapi hanya dapat di atasi dengan kasih sayang.



Jangan berputus asa apabila menghadapi kesusahan kerana titisan hujan yang jernih juga berasal daripada awan yang gelap.



Masa yang diberi kepada kita dikurniakan sesaat demi sesaat, maka kita perlu menggunakannya sesaat demi sesaat.



Orang yang kaya bukanlah orang yang mempunyai banyak harta, tetapi orang yang berasa cukup dengan apa yang dia ada dan tidak memerlukan lebih daripada itu.



Orang yang miskin bukanlah orang yang tidak berharta tetapi adalah orang yang sentiasa merasa tidak cukup dengan apa yang dimiliki.



Orang yang boleh diyakini adalah mereka yang mempunyai keyakinan diri. Orang yang dapat menegur orang lain adalah orang yang sedia menerima teguran orang lain.



Orang yang cemerlang bukanlah kerana dia tidak pernah mengalami kegagalan tetapi disebabkan dia dapat berdiri lebih teguh selepas kegagalan.



Orang yang cantik tetapi tidak berakhlak bagaikan bunga yang berwarna tetapi berbau busuk.



Manusia yang dihormati ialah orang yang sentiasa menghormati orang lain.



Cinta tidak berbalas sama seperti soalan tanpa jawapan.



Lelaki yang tidak berharta biasanya memiliki lidah bermadu.



Lelaki pendiam ibarat air tenang dalam dan bahaya.



Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.



Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.



Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan dan yang mana satu kawan.



Membaca menjadikan diri anda sebagai seorang lelaki, menghadiri persidangan sebagai persediaan menjadi lelaki yang sebenar dan menulis menjadikan anda lelaki sejati.



Karektor seseorang lebih mudah disembunyikan daripada dikesani oleh orang lain.



Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan dan tidak mengejar nama.



Lelaki berani mungkin akan kalah tetapi tidak akan mengalah.



Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.



Jika anda hanya berbuat baik kepada diri sendiri maka anda sebenarnya tidak pernah membuat kebaikan.



Pengalaman ialah gelaran yang diberikan oleh setiap orang terhadap kesilapan mereka.



Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.



Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.



Anak lelaki tetap menjadi anak lelaki sehinggalah beliau beristeri. Anak perempuan kekal menjadi anak perempuan seumur hidupnya.



Jika anda takut pada sesuatu, lihatlah dan hadapilah.



Imaginasi menguasai dunia.



Kebodohan ialah kesilapan bagi seseorang yang mempunyai peluang untuk menjadi pandai.



Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya.



Anda tidak akan berjaya menjadi penulis sekiranya anda tidak menjadi pembaca terlebih dahulu.



Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.



Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.



Orang miskin memakan makanan nyang lebih enak daripada orang kaya kerana makanan mereka adalah berkat kepada kemiskinan mereka.



Anda tidak akan berasa penat sekiranya melakukan perkara yang anda suka.



Lebih baik seseorang wanita mengahwini lelaki yang mencintainya daripada beliau mencintai lelaki tersebut.



Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.



Di mana anda berdiri, di situlah perlumbaan kehidupan anda dan lupakan masa silam



Berhati-hatilah dengan kemarahan seorang yang sedang bersabar



Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.



Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan dan kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain.



Setiap malam sebelum tidur,anda perlu menetapkan satu matlamat di dalam minda dan menguatkannya dari hari ke hari.



Jagalah apa yang anda suka atau anda terpaksa menyukai apa yang anda dapat.



Lelaki yang bijak dapat membaca buku dan kehidupan sekaligus.



Kesabaran akan lebih menguntungkan daripada kekuatan yang dimiliki



Jika anda hilang segala-galanya, jangan lupa, kerana anda masih mempunyai masa depan.



Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan



Masyarakat abad dahulu menggunakan tenaga manusia untuk membina sebuah monumen yang indah sekali. Masyarakat abad kini menggunakan jentera hanya untuk membina sebuah kedai.



Tidak pernah wujud orang malas. Orang yang dianggap malas ialah orang yang tidak dapat mencari pekerjaan yang sesuai dengan minatnya.



Jika poket anda penuh, anda tidak akan kekurangan sahabat.



Semua perkara adalah sukar sebelum ia menjadi mudah.



Mimpi itu adalah perlu dalam hidup.



Seorang lelaki boleh dikalahkan tetapi tidak boleh dimusnahkan.



Kemenangan terhadap diri sendiri adalah lebih baik daripada kemenangan terhadap orang lain.



Orang pengecut ialah orang yang melihat sesuatu yang benar tetapi tidak melakukannya.



Kemenangan hanya untuk orang yang berhak mendapatkannya.



Lebih mudah untuk memenuhi impian kita yang pertama daripada cuba untuk mengejar impian-impian lain selepasnya.



Tidak ketawa walaupun sehari amat merugikan.



Anda tidak boleh mengubah masa lepas anda. Tetapi anda boleh memusnahkan diri anda kini sekiranya terlalu memikirkan masa depan anda



Tidak penting sama ada berapa lama kita hidup. Yang penting bagaimana keadaan kita semasa hidup.



Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.



Berterima kasihlah kepada pokok yang memberi anda perlindungan dengan tidak memusnahkannya.



Sembahyang adalah prinsip utama dalam hidup. Memberi alasan tidak cukup masa untuk melakukannya adalah hinaan kepada Allah.



Jangan tinggalkan hingga esok apa yang boleh disiapkan hari ini.



Seorang manusia yang hebat tidak akan merungut terhadap peluang.



Tiada hiburan yang lebih murah daripada membaca



Apabila semua benda kelihatan semakin hilang, ingatlah bahawa masa depan masih ada.



Rasuah akan sentiasa wujud selagi masih ada perasaan tamak pada diri manusia.



Jangan sangka diri kita adalah yang terbaik kerana kita belum kecapi kejayaan yang orang lain capai.



Tidak semestinya orang yang berjaya terus berjaya dan orang yang gagal terus gagal.



Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku.



Dalam dunia ini lebih ramai yang berlidah buaya daripada yang berlidah manusia.



Dunia bukanlah tempat menunjukkan kekuatan tetapi untuk kita rasai nikmatnya.



Orang yang sentiasa berusaha ialah seorang yang takutkan kegagalan.



Seseorang yang cepat mendaki ke puncak akan cepat pula jatuh ke bumi.



Kepakaran seseorang tidak akan ke mana selagi dia tidak membuktikannya melalui perlaksanaan.



Sewaktu senang kita lebih menghargai kekayaan tetapi sewaktu susah kita akan lebih menghargai kesihatan.



Berusahalah dahulu sebelum mengaku kalah dan ingatlah bahawa tiada kesenangan dicapai tanpa ranjau.



Penipu yang mahir sekalipun tidak akan menyedari sekiranya dirinya ditipu.



Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.



Harta boleh menjadikan seseorang yang tamak sebagai hambanya.



Kecantikan dan kebaikan tidak wujud bersama.



Peperangan hanya boleh menjanjikan kemenangan selepas kemusnahan dan kematian.



Setiap manusia hanya mempunyai dua matlamat iaitu cita-cita dan kejayaan.



Harta menjamin dunia. Iman menjaminkan akhirat.



Penghalang kepada kejayaan adalah fikiran sendiri, bukannya kecacatan atau kekurangan.



Seorang anak tidak akan mengetahui kasih sayang ibu bapanya terhadapnya sehinggalah dia mempunyai anak sendiri.



Kawan yang sebenar ialah seorang yang dapat menerima diri anda yang sebenar



Masa adalah sekolah di mana kita belajar. Masa adalah api di dalamnya kita terbakar.



Manusia mesti menamatkan peperangan, jika tidak peperangan akan menamatkan manusia.



Arus masa depan telah tiba dan tiada cara melawannya.



Kisah cinta yang sebenarnya tiada akhirnya.



Bukti terbaik cinta ialah kepercayaan.



Kita lebih banyak berusaha untuk menegakkan benang basah daripada berusaha memperbaiki kelemahan diri.



Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang kita usahakan.



Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang.



Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.



Dendam adalah manis. Balasannya adalah pahit.



Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.



Ikut Rasmi Padi, Semakin Menunduk Semakin Berisi.



Padi yang semakin berisi akan semakin menunduk, manusia yang berhemah tinggi ialah orang yang sentiasa merendahkan diri.



Ya Rahman, berkati Isnin kami, bersama saudara2 kami, agar tak putus2 berprestasi, hingga ke akhir Jumaat, yang penghujungnya Akhirat. Amin.



"Mengkritik tidak bererti menentang, Menyetujui tidak semestinya menyokong, Menegur tidak bermakna membenci,

Dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."



Di Akhir Zaman Ini Memegang Islam Ibarat Memegang Bara Api, Dipegang Kita Sakit, Dilepaskan Dia Padam.



Apabila kamu letih kerana berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan yang dilakukan akan terus kekal. Jika kamu berseronok dengan dosa, maka sesungguhnya keseronokan itu akan hilang dan dosa yang dilakukan akan terus kekal. Ketua kepada kejahilan itu adalah gedung kemalasan.



"Mungkin kamu membenci sesuatu padahal itulah yang baik bagimu,dan mungkin kamu suka pada sesuatu padahal bahaya bagimu,dan Allah yang mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Surah Al-Baqarah:216)



Ingatlah Dia kemana kita pergi. Ingat akan Allah bukan semestinya di tikar sembahyang saja. Biar tubuh bersama manusia tetapi hati bersama Allah. Agar setiap detik kita sentiasa dalam ibadah. Rasulullah bersabda yang maksudnya: "berfikir sesaat itu lebih baik daripada sembahyang sunat seribu rakaat (yang tidak khusyuk)."



"Jangan setakat membaca tapi cuba la menghayati, jangan setakat tahu tapi cuba la mengamalkan apa yang dah tahu, jangan setakat fikirkan kebaikan untuk diri sendiri tapi fikirkan la jugak kebaikan untuk orang lain terutama orang-orang terdekat yang disayangi."



Apa diharap padi seberang, Entahkan berisi entahkan tidak, Apa diharap kasihnya orang, Entahkan sudi entahkan tidak.

Terima Kasih Kerana Sudi Bersahabat

~peace~

Takutlah Ghibah(mengumpat)

                 
                  

Renungan...
Diriwayatkan bahawa seorang perempuan yang pendek telah datang kepada Rasullullah SAW untuk sesuatu keperluan. Setelah dia beredar, Aisyah r.a berkata, “Wah, pendeknya dia!” Segera Rasullullah S.A.W berkata, “Engkau telah mengumpat wahai Aisyah!” Telah bersabda Rasullullah S.A.W. " Jangan kalian mengumpat. Didalamnya terdapat tiga keburukan, Doanya tidak dimakbulkan, kebaikannya tidak diterima, dan akan ditimpakan kepadanya keburukan orang yang diumpat."




Rasulullah SAW bersabda "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"... Nauzubillah.