Tuesday, July 1, 2025
Monday, June 23, 2025
hidup ini simple..
Hidup ni sebenarnya mudah dan simple.Aku percaya semuanya bergantung pada satu benda iaitu prinsip. Bila kita ada prinsip dan kita pegang betul-betul, banyak benda dalam hidup jadi lebih jelas. Pilihan pun jadi senang. Kita cuma perlu fikir dengan logik, tambah sikit empati. Itu je. Aku percaya pada prinsip..Macam kompas, bila hidup mula kabur, prinsip tu jadi penunjuk. Bila orang tanya “Kenapa kau tak buat macam orang lain?”, aku jawab, “Sebab aku ada cara aku.” Aku bukan keras kepala, aku cuma tak sanggup jadi orang yang hilang arah semata-mata nak puaskan semua.
Contohnya, aku percaya gerak dalam kumpulan tu lebih kuat daripada aku gerak sorang. Aku pernah rasa beza dia. Bila buat kerja sorang, mungkin cepat. Tapi bila dalam kumpulan yang betul, hasilnya lebih kuat, lebih luas, dan lebih bermakna. Terutama bila bab belajar. Aku tak pernah rasa “aku je yang buat kerja, orang lain diam.” Sebab aku percaya setiap orang yang Allah cipta, ada kelebihan masing-masing. Kita cuma perlu belajar percaya. Bila kita sayang dan percaya pada team kita dengan ikhlas, inshaAllah, hasil dia luar biasa.Sebab bila kita bergerak sama-sama, kita jatuh pun tak rasa sendiri. Aku tak kisah kalau kadang aku buat lebih sebab aku tahu, satu hari nanti, mungkin aku pula yang lemah dan mereka tolong aku. Itu indahnya bila kita percaya setiap orang ada bahagiannya. Tapi aku juga tahu, tak semua yang ramai tu ikhlas. Sebab tu bila aku jumpa ‘yang betul’, kau jaga macam keluarga. Sebab aku tahu, perjalanan jauh tak boleh jalan sendiri.
Dan dalam hidup ni, kita kena tahu siapa yang patut kita utamakan. Aku dah ada senarai sendiri tak ramai pun, mungkin lima je. Tapi lima tu lah dunia aku. Mak, keluarga, orang yang aku sayang, dan pelajaran aku. Jadi bila ada apa-apa jadi, aku tahu siapa aku kena utamakan dulu. Contohnya kalau aku susah nak balas WhatsApp atau jawab call, tapi bila nama-nama dalam senarai tu yang hubungi, aku akan angkat,aku akan rply chat walau tengah sibuk. Bagi aku, tu tanda aku jaga keutamaan aku. Aku nak belajar maafkan. siapa orang yg pertama patut aku maafkan dulu apabila mereka lukakan hati?sudah tentu org pertama yg aku kena maafkan ialah mak aku seterusnya keluarga, dan orang yang aku sayang. Sebab kalau orang luar pun aku boleh maafkan, kenapa tidak mereka yang aku nak genggam tangan sampai ke syurga?
Dan ya, aku pilih untuk jalani hidup ni dengan tenang. Aku tak nak terlalu sibuk fikir masa lalu yang dah lepas, atau terlalu risau masa depan yang belum tentu milik aku. Aku nak hadir dalam saat sekarang saat yang paling nyata. Aku tak nak jadi orang yang hidup dalam “kalau” dan “nanti”. Bagi aku, masalah bukan untuk disimpan. Kalau boleh selesai, aku hadap. Kalau tak boleh, aku lepaskan atau buang. Hidup ni bukan tong sampah untuk aku kumpul semua sakit, semua luka. Aku tahu aku tak sempurna. Tapi aku cuba jadi manusia yang ada arah, yang ada prinsip, dan yang tahu jaga siapa yang penting dalam hidup. Hidup ni bukan siapa paling laju tapi siapa paling jujur dengan diri sendiri. Aku belajar satu perkara, kita tak boleh kawal semua benda. Tapi kita boleh kawal cara kita respon. Bila ada orang buat tak endah, bila kita rasa usaha kita tak dihargai, jangan terus anggap kita tak cukup. Mungkin mereka yang tak cukup empati untuk nampak. Tapi tak apa. Aku buat bukan sebab nak dipuji. Aku buat sebab aku tahu itu betul. Dan benda betul tak perlu penonton untuk jadi berharga.
Dalam hidup ni, aku juga belajar untuk letakkan batas. Ada benda yang aku kena kata ‘cukup’. Ada orang yang aku kena belajar untuk lepaskan dengan doa. Tak semua orang akan faham cara kita sayang, dan tak semua orang akan balas cara kita ikhlas. Tapi selagi aku tahu aku tak hilang diri sendiri dalam proses tu, aku reda. Dan aku tahu, hidup tak akan selalu lembut dengan aku. Akan ada hari yang gelap, akan ada saat aku rasa nak menyerah. Tapi aku selalu pesan pada diri “kalau kau jatuh sebab kau jujur, jatuh tu tetap mulia.” Lagi baik jatuh sebab jadi diri sendiri, daripada berdiri tinggi tapi penuh kepura-puraan.
Setiap hari aku cuba jadi versi aku yang lebih baik, bukan untuk lawan sesiapa, tapi untuk tenangkan hati sendiri. Aku tak perlukan hidup yang mewah, aku cuma nak hidup yang damai. Aku cuma nak jadi manusia yang tenang. Bukan yang paling berjaya. Bukan yang paling popular. Tapi yang tahu apa yang penting dalam hidup, yang tahu bila nak genggam dan bila nak lepaskan. Aku nak hidup dalam circle yang jujur, dengan prinsip yang aku boleh genggam sampai akhir.
Hidup ni bukan tentang siapa paling laju. Tapi siapa yang paling jujur dengan diri sendiri dan aku pilih untuk jadi orang tu.
begitulah.
-sabrina ahmed-

Tuesday, June 10, 2025
Wednesday, June 4, 2025
Aku lari
Aku lari
bukan sebab aku tak mahu kau tahu
tapi sebab aku takut bila kau tahu
rasa aku luruh satu-persatu.
Aku simpan semua rasa dalam dada besi,
tapi bila kau hulur tangan,
besi aku mula retak
dan aku takut serpihannya lukakan kau.
Jadi aku undur.
Jadi aku diam.
Jadi aku buka pintu
supaya kalau kau nak, kau boleh pergi,
sebelum aku runtuh.
Tapi kau…
kau duduk.
Kau tak pergi.
Dan buat pertama kali
aku rasa, mungkin,
serpihan aku boleh dikutip perlahan-lahan,
tanpa buat kulit kau tergores.

Saturday, May 31, 2025
next time..
the next time u see me, i won't be in love with u. i won't fight for u anymore. i'm rising my flag, this battle between us is over. i just don't think you're worth it anymore.
i've worn myself down. i am exhausted so no more u. you're won. i'll let u walk away but don't ever say i didn't fight for u.

Sunday, April 13, 2025
😢 dugaan 13April2025.
pasti ada hikmah disebalik apa yg terjadi..Allah uji sebab Allah sayang. aku tak terlalu memikirkan perkara yang dah terjadi.waktu aku jalan turun pegi dekat baby v aku terkejut tgk kedudukan dia berpusing sampai mcm tu sekali. aku terdiam lama jugaklah termenung..tiba tiba ada dua org lelaki dtg tegur aku kata awk ni owner keta viva ni ka? aku angguk kepala kata ya. sambil senyum sajalah..rupanya depa berdua saksi kejadian dan depa cerita a to z apa yang sebenarnya terjadi dan aku sangat terharu keiklasan depa try kejar keta iswara yg langgar lari tu. kejadian jadi pukul12.30 tghari, aku pulak turun nk keluar waktu pukul6.30ptg..huhu.kata mereka keta iswara tu nk buat u-turn pastu xlepas terus langgar keta aku n kiri kanan aku pun kena jugak cuma keta aku paling teruk. pemandu perempuan india .lepas kena dia stop n tukar driver lelaki mayb ayah atau suami dia. dua org saksi ni peniaga foodcourt depan tu terkejut xsngka depa lari mcm tu ja. saksi start motor nk kejar tapi xsempat dah sbb jauh dah keta iswara tu pecut lari..aku sempat ucapkan terima kasih sbb sudi cerita pd aku n siap kejar lg. depa xpuashati sgt dan kesian dekat aku sbb keta sgtlah teruk..aku kata xpa lah nk buat mcm mana benda dah pun terjadi mmg kena repairlah nampaknya..sekarang aku fokus untuk bg baby v aku sihat semula..doakan aku ya. esok towing datang bwk p bengkel. aku sayang sgt baby v sedih tgk dia tadi, belum penah jadi mcm ni sepanjang 14tahun dia dgn aku. tapi aku terima n redha diatas semua yg terjd.aku terus berfikir alhamdulillah aku xda dalam kereta waktu kejadian tu. alhamdulillah Allah masih sayang.
"terkadang ketenangan datang bukan kerana semuanya baik baik saja tetapi kerana hati memilih untuk tidak peduli pada hal hal kecil yang menyakiti".

Saturday, March 8, 2025
Friday, February 21, 2025
bertahan
warisan terbaik orang tua kepada
anaknya adalah berdikari.
kemampuan menyelesaikan masalah,
tanggungjawab, keberanian mencuba
hal-hal baru, rasa percaya diri
dan tahan lasak.
kalau anak punya hal-hal tersebut
struktur hidupnya sudah terbentuk
dia akan melangkah jauh
sekalipun dia menemukan kesulitan
dia akan bertahan.
luv always ❤
anaknya adalah berdikari.
kemampuan menyelesaikan masalah,
tanggungjawab, keberanian mencuba
hal-hal baru, rasa percaya diri
dan tahan lasak.
kalau anak punya hal-hal tersebut
struktur hidupnya sudah terbentuk
dia akan melangkah jauh
sekalipun dia menemukan kesulitan
dia akan bertahan.
luv always ❤
Thursday, February 13, 2025
Wednesday, January 1, 2025
Subscribe to:
Posts (Atom)